Razak Baginda bebas hukuman

Abdul Razak Baginda diiringi oleh isterinya Mazlinda Makhzan dan anaknya Roweena selepas dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Althantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Abdul Razak Baginda diiringi oleh isterinya Mazlinda Makhzan dan anaknya Roweena selepas dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Althantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan.