Kiamat Bakal Tiba

crash

1) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun. Sekarang sudah 1442 =1429 + 13 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 58 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

2) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke arah bumi. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbit itu dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 57 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

3) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun iaitu tahun 2022 disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan bumi akan kiamat antara tahun 2062-2066.
Wallahu’alam.

imo1

Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1442 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel yang sama di internet seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba, hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Sama- samalah kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

9 thoughts on “Kiamat Bakal Tiba

  1. untuk menentukan kiamat itu hanya sang pencipta Allah azza wazalla yang tahu..????untuk hari yang ditentukan kiamat itu datang itu juga bagus untuk kita supaya kita mendekatkan diri lebih dekat lagi pada yang Esa

  2. Disini kita berbincang, bersuara mengeluarkan pendapat dan ada juga cuba mencari kebenaran pada setiap hujah yang di bentangkan. Ini sesuatu yang baik. Kita mulai rasa tercabar, jendela jiwa mulai terbuka sedikit dan kita mulai sedar. Ini sesuatu yang murni. Apabila timbul rasa kesedaran ataupun keinsafan didalam jiwa kita dan pastinya kita akan mengetahui dimana kedudukan martabat kita sendiri. Tidak perlu menafikan sesuatu apabila jendela jiwa kita sudah mulai sedar. Perasaan seperti takut, khuatir, marah dan risau itu adalah lumrah pbagi insan yang baru mengetahui atau sedar. Yang paling penting kembali kepada asal usul kita. Kenapa kita di lahirkan didunia?.. siapa ibubapa kita?… apa ugama kita?.. apa kewajipan kita?… saya percaya waktu yang begini cepat bagi jiwa kita menerima sesuatu yang ilmu yang benar dan mudah kita membetulkan arah tujuan kehidupan kita. Pastinya persoalan seperti Kiamat ini tidak lagi menjadi persolan no 1. Malah mungkin kita akan menerimanya dengan sebuah senyuman. ALLAH pencipta kita seharusnya kita berasa gembira menangis kebahagian untuk bertemu denganya . Sepertimana kita berdepan dengan khabah ..kita menangis kerana kita bersyukur.

  3. Bagus sifat ingat dan menginati sesama islam kerana kita semua adalah bersaudara. Namun pun begitu persoalan kiamat ini sesuatu yang memang di akui akan berlaku cuma tiada disebut kan bila tarikhnya, bila tahun dan bila waktunya. Justeru itu kita sebagai umat Muhammad harus berpegang kepada al quran dan hadis nabi supaya perjalanan kehidupan kita berlandasan tuntutanya. Akan terjadinya kiamat itu perlu kita pasrah. Hanya Allah S.A.W. yang Maha Mengetahui. Bila cukup kewajipan yang diamanahkan dan kita laksanakan.. sudah tentu diri kita tidak akan gentar datangnya kiamat malah kita merimanya dengan senyuman. Senyuman untuk kita kembali kepada Allah tempat asal kelahiran umat manusia. Bertemu dengan penciptanya. Inilah saat yang membahagiakan bagi yang mengetahuinya.

  4. SUNGGUH BAGUS ARTIKELNYA…
    TAPI INGAT…
    HANYA ALLAH JUALAH YANG MAHA MENGETAHUI KAPAN KIAMAT ITU TERJADI…
    KALAU KATA ‘KUN’ TELAH TERUCAP…
    MAKA KIAMATPUN BISA SAJA TERJADI SEKARANG INI…
    ISLAM MEMANG SELARAS DENGAN ILMU PENGETAHUAN…
    TAPI INGAT JUGA…
    DIDALAM ISLAM… KITA DITUNTUT MENGGUNAKAN LOGIKA IMAN… BUKAN HANYA LOGIKA MANUSIA YANG PENUH DENGAN KETERBATASAN INI….
    WAALLAAHU A’LAM BISHAWAB….

  5. KETIKA RASULULLAAH DITANYA SEORANG SAHABAT BELIAU SAW…. KAPAN KIAMAT ITU TERJADI…?
    BELIAU SAW MENJAWAB : “HANYA ALLAH SAJALAH YANG MAHA MENGETAHUINYA”…
    DAN KETIKA BELIAU DITANYA KEMBALI SEBERAPA JAUHKAH JARAKNYA… ANTARA KIAMAT DAN UMMAT BELIAU SAW…
    NABIYULLAAH SAW… KEMUDIAN MEMBERIKAN PERUMPAMAAN DENGAN MENGANGKAT DAN MENUNJUKAN KEDUA JARINYA… YAITU JARI TELUNJUK DAN JARI TENGAH DENGAN POSISI SALING MENEMPEL…
    KEMUDIAN BELIAU BERSABDA:
    PUNCAK JARI TENGAH ADALAH WAKTU HARI KIAMAT TIBA… SEMENTARA PUNCAK JARI TELUNJUK ADALAH DIMANA ZAMAN UMMATKU BERADA… (H.R BUKHARI & MUSLIM)….
    ARTI DARI HADITS TERSEBUT ADALAH…
    JIKA DIZAMAN RASULULLAAH SAJA SUDAH SEDEMIKIAN DEKAT…APATAH LAGI DIZAMAN KITA SEKARANG INI…
    KITA TIDAK PERLU MEMPERSOALKAN KAPAN KIAMAT ITU TIBA… ITU BUKAN HAL YANG PRINSIP… KARENA MEMANG PASTI TERJADI…
    YANG MENJADI PERSOALAN ADALAH… BAGAIMANA KITA AKAN MEMPERTANGGUNG JAWABKAN AMAL PERBUATAN KITA SELAMA DI DUNIA INI DI HADAPAN ALLAH SWT KELAK… SUDAH SIAPKAH KITA MENGHADAPINYA..???…
    INI YANG PRINSIP…!!!!

  6. Sedikit pembetulan fakta ingin saya lakukan di sini. Menurut NASA, bukan planet kecil yang bakal menghentam bumi pada 2014, tetapi sebuah asteroid. Menurut NASA lagi, tarikh hentaman tersebut dijangka berlaku pada 21 March 2014. Asteroid tersebut dinamakan dengan nama 2003QQ14. Anda semua boleh membaca laporannya dengan klik laman di bawah ini.

    http://dsc.discovery.com/news/afp/20030901/asteroid.html

    Jika impak dari asteroid yang hendak mereka guna sebagai hujah untuk tarikh kiamat dunia, cuba klik di bawah ini untuk lihat ratusan tarikh kiamat bagi bumi berdasarkan ramalan dari NASA. Apakah bumi itu akan kiamat beratus-ratus kali?

    http://neo.jpl.nasa.gov/risk/

    Sebenarnya tarikh dan waktu sebenar kiamat tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t. Jika kita cuba bertindak bijak dengan membuat ramalan dan memberikan mana2 tarikh , ini bererti bahawa kita sedang menafikan ayat-ayat Allah sepertimana yang diwahyukan Allah dalam Al Qur’an.

    Luqman 34
    Sesungguhnya hanya pada sisi Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

    Yang perlu kita lakukan ialah memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dengan berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia dan makhluk dengan niat ikhlas keranaNya. Kiamat itu akan datang. Tanda-tanda hampir datangnya kiamat sudah dijelaskan dalam Al Qur’an dan hadis. Jika ingin berdakwah mengenai hari kiamat, lebih baik diambil cerita dan fakta2 dari dua sumber ini. Saya pasti saudara dan majoriti anda diluar sana lebih arif mengenainya. Berkenaan dengan manusia-manusia yang sentiasa sibuk membuat ramalan mengenai kiamat ini, pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai bila berlakunya kiamat?
    Lalu Rasulullah menjawab, apa yang telah dia (sahabat) tadi sediakan untuk itu (kiamat)? Dari sini kita sedia maklum mengenai apa yang perlu kita sibukkan sebagai keutamaan kita, iaitu beribadat dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah, sebelum kita lekas sibuk mencari bilakah gerangannya bakal berlakunya kiamat.

    Berkenaan dengan perkara (1) seperti di bawah ini yang dipetik dari artikel yang dikirimkan :

    1) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

    Ini komen saya :
    Dalam artikel tersebut, tidak langsung dinyatakan dari mana sumber hadis tersebut diambil, siapa periwayatnya dan dari sanad mana satu hadis tersebut diambil dan apa taraf hadis tersebut? Ianya penuh dengan kekaburan dan sangat susah untuk menilaikannya. Tetapi saya bertemu dengan satu kenyataan oleh Ibnu Kathir yang dimuatkan dalam sebuah kitab tulisannya dengan tajuk “Al Nihayah Fi Al Fitan Wa Al Malahim” (terjemahan Bahasa Melayunya boleh didapati di bawah tajuk ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat’ diterjemahkan oleh Taat Amrullah Harun ArRasyid Hj. Tuskan dan disemak oleh Y Bhg. Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz, Darul Fajar Cetakan Kedua 2004, mukasurat 20) yang menyatakan :

    ‘Adapun berita yang menyebar di kalangan kebanyakan orang awam bahawasanya Nabi tidak berumur 1000 tahun di dalam bumi, tidak ada dasarnya, juga tidak pernah disebutkan di dalam kitab-kitab hadis yang menjadi pegangan, kami juga tidak pernah mendengarnya atau mendapatkannya di dalam kitab-kitab yang tebal atau pun kitab-kitab yang nipis, dan tidak ditetapkan dalam hadis Nabi bahawasanya beliau menentukan waktu-waktu tertentu, adapun yang disebutkannya adalah sebahagian dari tanda-tanda kiamat…..

    Sangat jelas di sini semua yang menggunakan hadis-hadis dalam rupabentuk yang seakan sama dengan hadis yang diberikan komentar oleh Ibnu Kathir ini tidak mempunyai asas dan tidak tercatat dalam mana-mana kitab hadis samada kitab yang ‘besar’ atau pun kitab-kitab ‘biasa’. Maka hujah yang cuba di bawa kehadapan oleh penulis email tersebut bagi memberikan kredibiliti kepada hujahnya bahawa kiamat semakin dekat adalah tidak boleh diterima sama sekali, malah ianya lebih kepada perbuatan yang sia-sia kerana membawa masyarakat secara amnya untuk percaya kepada hadis yang tidak langsung wujud dan sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bukankah lebih baik diceritakan mengenai tanda-tanda yang bakal muncul sebelum kiamat yang terdapat jelas dalam Al Qur’an dan kitab-kitab hadis yang muktabar. Mengapa jalan ini tidak dipilih sedang inilah jalan yang selamat dan lurus?

    Berbalik kepada perkara (3 ) yang ditimbulkan dalam artikel tadi:

    3) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062 Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

    Komen saya:
    Sebagaimana kita maklum bahawa pada tahun 2006 telah meletus satu peperangan yang melibatkan Rejim Pengganas Zionis-Israel dengan pihak Hizbullah di Lubnan. Peperangan tersebut dinamakan dengan julukan Milkhemet Levanon Ha-Shnía dalam bahasa Hebrew (Perang Lubnan Kedua @ Second Lebanon War). Umum mengetahui bahawa pada ketika tersebut, Rejim Pengganas tersebut bermati-matian dan bergolok gadai untuk cuba melemahkan pejuang Islam Hizbullah (ed-walaupun majoriti daripada mereka bermazhab Syiah, janganlah kita sesekali terpengaruh dengan dakyah Dajjal yang cuba memporak perandakan kita dengan saudara kita yang mentauhidkan Allah dengan segala macam kebobrokan yang hanya menjauhkan kita sesama kita. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa, orang kafir itu hanya akan menang ke atas orang Islam hanya melalui satu jalan, iaitu dengan memperkudakan satu pihak Islam untuk menentang pihak Islam yang satu lagi. Bila orang Islam tidak bersatu, maka mereka (yang bergaduh dan berpecah itu) tidak dilindungi Allah s.w.t. melalui janjiNya kepada Rasulullah s.a.w. Lihat saja apa yang berlaku kepada Afghanistan, Iraq, Pakistan, Turki, Palestin dan banyak lagi contoh dimana pihak barat memperkudakan satu pihak Islam untuk bergaduh dengan satu pihak Islam yang lain dengan tujuan untuk melemahkan mereka. Maka, sampai bila pun perjuangan mereka tidak akan dapat kemenangan disebabkan perpecahan ini. Percayalah, satu hari nanti, sebelum Israfil dipanggil memulakan tugasnya, kita semua akan berada dibawah satu panji yang sama dalam mentauhidkan Allah dan bersaksikan Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah dan berjuang di atas satu jalan lurus yang telah dijanjikan akan berlaku. Yang penting sekarang ini ialah jalan untuk menyatukan kita semua kembali dalam satu jemaah yang bersatu dalam Islam. Dialog-dialog untuk mendekatkan golongan Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah telah lama diusahakan. Doa kita agar suatu hari nanti, Islam akan kembali bersatu sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Ar Rasyidin. InsyaAllah)

    Berbalik kepada perkara perang Rejim Pengganas Zionis-Israel tersebut, mereka pada tahun 2006 telah mengalami kekalahan yang teruk serta manjatuhkan maruah serta reputasi mereka sebagai antara tentera yang mempunyai kelengkapan ketenteraan paling canggih. Dua tahun selepas perang tersebut, sebuah laporan telah dikeluarkan pihak berkuasa Israel yang mengakui bahawa dalam perang yang berlangsung pada tahun 2006 itu, pihak Israel mengalami kekalahan yang amat memalukan. Laporan tersebut dinamakan sebagai Laporan Winograd boleh dibaca dengan klik link di bawah ini.

    http://www.vaadatwino.org.il/pdf/press%20release%20april%2030-yd-final.pdf

    laporan kekalahan mereka dapat di baca di sini:

    http://www.nowpublic.com/politics/its-official-israel-lost-war-lebanon

    Pihak Israel semenjak tahun 1987 lagi, sejak Intifada pertama dilancarkan oleh Pejuang Islam Palestin yang dimulakan dari sebuah kem pelarian Jabalia, telah tidak senang duduk dan tergugat kedudukan mereka sedikit demi sedikit sehinggalah perbalahan tercetus antara Hamas dan Fatah baru-baru ini, yang memberikan mereka sedikit ruang untuk bangkit. Perpecahan ini hanya menguntungkan Israel. Sekiranya semua ini dinilaikan kembali, maka perkara (c ) dalam email tersebut adalah tidak masuk akal untuk dipercayai. Rejim Pengganas Zionis-Israel, semenjak 1948 sehingga kini, tidak pernah berada dalam puncak kuasa mereka. Malah tahun 2007 sepertimana yang didakwa dalam artikel tersebut, yang sepatutnya menunjukkan mereka berada dipuncak, merupakan tahun dimana maruah mereka tercalar akibat kekalahan dalam perang Lubnan Kedua ini. Maka adalah tidak masuk akal untuk menjadikan hujah yang dikemukakan dalam perkara (c ) ini sebagai hujah untuk memberikan satu tarikh kepada bila mungkinnya kiamat itu akan berlaku. Sepertimana yang telah saya nyatakan dalam komen tadi, hanya Allah s.w.t. mempunyai pengetahuan bilakah kiranya seluruh alam ini akan dimusnahkannya dengan tiupan sangkakala oleh Israfil.

  7. Memang kiamat rahsia Allah namun Allah telah memberikan klu pada kita untuk kita beringat, lihatlah betapa Allah sayang akan kita yang mahu mengambil petunjuk hidayahnya.

  8. walaupun ia adalah anggaran…tetapi ia mengingatkan kita..terima kasih kerana mengikatkan kita. memang ianya rahsia Allah. Tetapi kita telahpun di beritahu tanda2nya.. info di atas ada logiknya..

  9. kiamat itu rahsia Allah, tidak elok untuk kita manusia mengagak agak bila kiamat akan tiba

    wallahualam

Comments are closed.