Adab berkawan

Apabila berkawan, diri sendiri dan kawan harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Antaranya ialah :-

1.) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri, suaminya atau kaum keluarganya

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik belaka

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan suka busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita

9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat hubungannya dengan insan lain

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran”.