New Year 2009

2008 berlalu dengan pelbagai cerita, pelbagai kenangan, pelbagai suka duka.

Malam 31 2008, aku teringin bergembira dengan orang tersayang. Tapi disebabkan dia masih bersedih dengan kematian Aby (our first cat) so dia suruh aku enjoy dengan my friends.

So malam new year aku keluar dengan rinie naik audi tt lagik. Fuh yooo… Lepak kat dataran Ikea dekat dengan opish dia. Ape lagi…menonton pancaran warna-warni di langit yang indah. Itulah bunga api…kekekekekek.

New Year 2009 - kalau stuck dalam jam ape lagi.. posing ah.
New Year 2009 - kalau stuck dalam jam ape lagi.. posing ah.

Tak macam tahun-tahun sebelumnya, kami sambut di club. Sekarang dah tak de perasaan nak jejak club. Apatah lagi sejak berdua nie, perlu jaga pakaian dan pergaulan. Dia pun tak suka aku masuk club. Katanya ‘ kenapa mesti nak pakai seksi terutamanya ke kelab sedangkan kecantikan wanita itu adalah milik suami’. Terkedu aku…

Bagus gak dia larang. Aku suka🙂

Azam 2009? Selain produktif on work, perbanyakkan amal soleh, Insyaallah zaman bujang ditamatkan. Semuanya bergantung pada ketentuan Ilahi. Amin…