Puisi suami isteri nak kahwin lagi

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu…
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Daripada,
Suamimu.

(Balasan daripada sang isteri pula)

Suamiku,
Andai kau memang mentari, sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu.

Dan…
Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu.

Akan tetapi…

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah-tengah remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti.

Cuba lihat siapa dirimu…

Matahari kah atau lilin ?

Jangan-jangan…

Cuma mancis saja!

Please lah… !

Jangan la nak berangan !!!

2 thoughts on “Puisi suami isteri nak kahwin lagi

  1. Bukan apa abang nak ikut sunnah, itu lah reason yang selalu diberi oleh sang suami, isteri pulak tak nak ke payung emas…. pikir2 lah…

Comments are closed.