Kewajipan mandi wiladah

Terdapat beberapa perkara yang wajib kepada umat Islam berkaitan mandi hadas besar.

Bagi lelaki terdapat 2 perkara:
1. Keluar air mani
2. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.

Namun, kebanyakan wanita keliru berkaitan dengan mandi selepas melahirkan anak.

Mandi wiladah adalah mandi hadas besar sebaik sahaja selepas melahirkan anak.

Setelah itu diwajibkan mandi hadas selepas habis nifas

Niat mandi: “Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala“.

Saya teringat orang tua-tua kita tak benarkan wanita dalam pantang mandi basahkan kepala. Sebabnya, takut masuk angin la, sejuk la.

Suruhan agama tak boleh diketepikan semata-mata nak ikut pantang larang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan, hanya dilakukan SEKALI sahaja selepas melahirkan anak.

Dalam masa berpantang 40/60 hari, cuma sekali je mandi basahkan rambut, bukannya tiap-tiap hari. Boleh mandi dengan air panas…cuma pastikan air itu suci.

Kepada bakal menjadi ibu dan bapa, harap tak ambil remeh perkara ini.

Kebanyakan orang tak tahu mengenai mandi selepas bersalin tak sama dengan mandi selepas darah nifas kering. Wanita diwajibkan mandi wiladah kerana sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kering, wanita itu sudah berada dalam keadaan bersuci.

Diharap ilmu yang saya curahkan ini, dikongsi bersama dengan wanita, para ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Dr Mashitah:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.

Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.

Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.

Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya. – HM (30/01/2011)

About these ads

11 thoughts on “Kewajipan mandi wiladah

  1. Arghhh tension..
    Assalamualaikum..
    1) Baru td saya terbaca kat Bincang.net
    kat ctu, katanya Rasullulah soh mandi sekali je lepas bersalin iaitu mandi nifas.. Tp banyak plak blog kata kna mandi wiladah.. Astaghfirullah halazim.. Anak sya nak masuk 2 bulan dah.. :( Xpe la, nak wat cemana.. Jahil.. Tp klu dah tau, berdosa xwat.. Klu xpayah (xwajib) skalipun, xruginya mandi hadas besar tu.. wallahualam.. Moga Allah s.w.t terima amalan sya..
    2) Tempoh berpantang 45 ari dah abeh… Tp ada darah sket2 lg.. (kadang ada, kadang x).. Apa hukumnya klu ‘bersama’ ngan suami? isk isk isk tkut xlarat nak tanggung dosa nt..
    3) Mandi nifas sbnarnya pada ari ke berapa? ngam2 pas pantang (45/60) ke smp darah nifas tu abeh?
    Klu masih ada darah lepas pantang, (lepas 45/60 hari) itu dikira sbg darah penyakit kan? Wajib ke atas wanita melakukan ibadah2 suruhan Allah s.w.t slepas tempoh tu kan?
    so, bila berhentinya darah penyakit tu nt, kena mandi wajib lagi ke?

  2. Salam…

    Saya ingin ketahui apekah hukum sekiranya saya memotong kuku ketika masih didalam keadaan kotor ( dalam darah nifas ),tp saya simpan kuku tersebut dan akan mandikn bersame2 selepas habis nifas nanti.

    Tujuan memotong kuku : sukar menguruskan baby,khuatir mencederakn kulit bayi yg masih lembut….

  3. saya mmg jahil bab agama anak saya kini dah hampir 14 tahun selama ini sy hanya mandi nifas dan hadas besar sahaja .apa kah segala amalan sy di terima ? adakah sy berdosa selama ini?

    1. Puan Suzila,

      Saya akui ramai kaum ibu tidak mengetahui tentang mandi wiladah dan tuntutan yang perlu dipenuhi selepas melahirkan anak. Puan pula berada dalam situasi ‘tidak mengetahuinya selama ini’ jadi digalakkanlah berniat mandi ini walaupun sudah agak terlewat.

      Mengenai amalan puan itu.. itu adalah antara puan dengan Allah. Usah ditanya pada saya kerana saya juga manusia yang bukan sempurna. Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Hanya Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya.

  4. salam..

    Sy akui sy agak jahil dalam bab agama..sy bru sj mlahirkan anak dan kini telah berusia 2 bulan.. stelah mlahirkan anak sy, sy x mandi wiladah sbb x tahu perlu mandi slpas bsalin..cuma sy tahu adalah mandi nifas.. lg pun tiada siapa yg mengingatkan sy ttg mandi tu .. Jadi apa yg harus sy lakukan skrg? perlu x sy mandi wiladah skrg? bgaimana ngn solat dan puasa saya? apa harus sy buat, ..besar kah dosa sy kerana tidak mandi wiladah?..sy amat tertekan ngan keadaan ini…
    harap dpt membantu sy yg dlm kekusutan.. terima kasih..

    1. Puan Cartie,

      Sekarang puan dah tahu kewajipan mandi wiladah selepas melahirkan anak. Digalakkan puan berniat mandi terbabit setelah mengetahuinya. Puasa dan solat puan tetap diterima kerana ketika itu puan tidak mengetahui tentang mandi wiladah ini. Bila dah tahu, terus lakukan.

    2. Salam,

      Saya ingin berkongsi maklumat dengan semua berkenaan mandi wiladah:

      Saya telah menelefon dan bercakap sendiri dengan ustazah dari jabatan mufti terengganu iaitu Usatazah Hajah Hawa Bt Hj Embong, berjawatan ketua pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Penerbitan. Beliau juga adalah penceramah sambilan yang aktif memberi ceramah agama. Diharap jawapan ini dapat membantu semua. Jika ingin bercakap sendiri bolehlah merujuk kepada beliau sendiri di talian
      09-6252525

      Berikut adalah perbincangan saya dan beliau mengenai mandi wiladah:

      Ustazah, saya ada beberapa kemusykilan dan kekeliruan mengenai mandi wiladah:

      1. Adakah mandi wiladah hukumnya wajib?
      ya, wajib selepas melahirkan, tidak kira ada darah nifas atau tidak kerana bayi dikira sebagai mani. Dan apabila keluarnya mani maka wajib mandi. Mandi wiladah adalah mandi sebaik selepas bersalin walaupun darah nifas belum kering. Jika tak berdaya, tunggu sampai badan segar sikit dan boleh mandi wajib wiladah pada mandi yang pertama selepas bersalin. Hukumnya berdosa tidak mandi WILADAH tapi jika tidak tahu kita mohon keampunan dari Allah.

      2. Bagaimana jika saya tidak melakukannya selama ini kerana tidak tahu berkenaan mandi wiladah? adakah sebaik tahu saya perlu mandi walaupun dah lama bersalin dan anak telah besar?
      Tidak perlu mandi wiladah lagi jika setelah darah nifas kering kita sudah mandi wajib . Wiladah adalah sama dengan hadas besar yang lain dalam senarai hadas besar, jadi jika kita telah mandi dengan niat umum mandi wajib maka telah terangkat segala hadas besar kita termasuklah wiladah dan nifas itu sendiri, walaupun kita tak berniat spesifik pada wiladah.

      3. Apakah ibadah puasa dan solat saya tidak diterima sekiranya saya tidak mandi wiladah tetapi hanya mandi selepas kering nifas sahaja
      Jika telah mandi wajib sewaktu nifas kering maka kita sudah tidak ada hadas besar lagi, maka tidak timbul lagi soalan mengenai sah atau tidak solat kita. (solatdan puasa sah)

      1. TAMBAHAN: kalau dah tahu kena mandi wiladah ni lain kali bersalin lagi niat spesifiklah mandi wajib wiladah . Apa yang saya tulis adalah hasil perbincangan dengan ustazah tersebut. ; untuk maklumat lebih lanjut dan jelas lagi boleh hubungi ustazah seperti nombor telefon di atas atau pejabat agama berhampiran .. WALLAHUALAM

  5. kalau gugur kandungan.then cuci. lepas cuci mana mana? perlu ke mandi wiladah juga?

    1. salam commot.
      setahu saya, sekiranya zuriat yang gugur cukup sifat, diwajibkan juga mandi wiladah. jika saya salah harap maaflah. tetapi lebih baik commot rujuk pada yang berilmu.

      wallahualam.

Comments are closed.