‘Sweeping’ Rakyat Malaysia

Indonesian protesters step on Malaysian flag posters during an anti-Malaysia protest in Jakarta on August 23, 2010 following the arrest of three Indonesian maritime officers over an apparent border dispute. Indonesia is highly sensitive about its territorial integrity since losing the tiny islands of Sipadan and Ligitan off the northeastern coast of Borneo — disputed since 1969 — to Malaysia following a 2002 ruling by the International Court of Justice.

Demonstrasi di Indonesia injak najis pada Jalur Gemilang

JAKARTA:  Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi, petang semalam.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka juga melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan tempat mereka berkumpul.

Kumpulan itu membawa lima bungkusan najis diletakkan

dalam kertas bungkusan makanan, plastik serta kotak polisterin sebagai ‘hadiah’ untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini memberi ‘najis’ lebih kotor kepada Indonesia.

Tiba-tiba, seorang daripada mereka melempar bungkusan najis ke dalam pagar kedutaan dan najis dilepaskan atas bendera Malaysia yang dipijak mereka.

Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu  apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan  Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang didakwa lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menangkap tiga pelaku.

Demonstrasi berlangsungselama  satu jam.

Wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi dikenali sebagai ‘Sweeping Rakyat Malaysia’ itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat
di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lepas. – Bernama

JAKARTA: Sebahagian daripada 40 anggota Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta selatan, berikutan kes penahanan tujuh nelayan Malaysia dan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia, utara Bintan, Kepulauan Riau, Jumaat lepas.

Related:
‘Balik tak ada kerja’
Malaysia dituduh pengilang syabu terbesar
Duta Malaysia dituntut tinggalkan Indonesia

5 thoughts on “‘Sweeping’ Rakyat Malaysia

  1. Saya setuju dengan kenyataan awak, apa2 pun doa orang yang terdahulu dah dimakbulkan yang memohon kehadirat ilahi moga mendapat rezki yang melimpah ruah. Maka dengan kesabaran kita doa datuk nenek kita telah dimakbulkan dan itulah yang menyebabkan rezki kita melimpah sampai ke indonesia, bangladesh, myanmar, thailand,india, china, nepal , afrika dan seantero dunia. Perasan atau tidak. Samaada masyarakat kita yang harus bersyukur atau masyarakat indon yang mesti berfikiran rasional. Saya rasa kita tak mengukit , tapi tiap bala yang Allah turun bukan PERCUMA. Biar yang maha esa penentu segala.

    1. Kalau dah terjadi perkara begini…memang patut la ungkit mengungkit. Baru-baru ini Indonesia menyalahkan kerajaan Malaysia kerana menahan 3 orang pegawainya di perairan Indonesia, kemudian kecoh! Indonesia pula tangkap 7 nelayan yang TAK sengaja masuk ke perairan Indonesia akibat gelombang laut ketika itu. Apa masalah mereka ni? Bila kerajaan nak halau PATI yang berlonggok longgok di Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid India, Hentian Puduraya terutama ketika musim perayaan atau cuti umu. Rimas!

  2. http://celahgelegar.blogspot.com/2010/09/kedutaan-malaysia-di-jakarta-dilempar.html

    Sungguhpun bilangan rakyat Indonesia yang terlibat dalam demontrasi tersebut adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan bilangan pendudukan Indonesia yang seramai 231 juta orang pada tahun 2009, namun pihak berkuasa Indonesia seharusnya bertindak tegas dalam hal ini kerana ianya melibatkan hubungan dengan Negara lain. Sejarah konfrontasi Indonesia-Malaysia yang telah terpalit dalam lipatan menjadi sejarah yang tidak boleh dilupakan. Kita juga punya perasaan dan semangat merdeka demi mempertahankan tanah air tercinta. Provokasi yang berlebihan boleh mengguriskan hati rakyat Malaysia. Pemerintah Indonesia sepatutnya memainkan peranan yang lebih positif dalam menangani kumpulan kecil tersebut demi menjaga hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin.

    1. kerajaan Malaysia masih tercari-cari, masih tersentak-sentak menangani ejekan dari Bendera sedangkan rakyat Indonesia di sana sudah ‘menyerang’ psikologi.

      Siapa tahu, mereka datang ke Malaysia dan buat hasutan terhadap rakan mereka di Malaysia hingga boleh menyebabkan negara kacau bilau apabila demonstrasi dilakukan dalam negara sekaligus berlaku pertumpahan darah.

      Kerajaan Malaysia terlalu bertolak ansur. Isk..isk..isk…

  3. Sedihkan! Sedih apabila melihat bendera yang kita sanjungi di pijak-pijak di negara orang. Sebaliknya, satu pujian perlu diberikan kepada WARGANEGARA MALAYSIA – Melayu, Cina, India – yang terlalu bergantung tenaga kepada buruh di Malaysia terutama.. orang gaji/servant.

    Sebut pasal servant, cikwiduri ada cerita mengenainya. Dah 5 tahun amah muda ini kerja dengan kenalan cikwiduri, sepasang suami isteri yang boleh dikategorikan sebagai keluarga yang senang dan bekerjaya. Tup tup masa nak dihantar balik, amah tue ditangkap kerana mencuri rantai, cincin, jam tangan serta duit yang tak tahulah berapa jumlahnya. Apa nak dikata.. kesian je lah!

    Sebelum ini demonstrasi ‘Ganyang Malaysia’ sekarang ‘Sweeping Rakyat Malaysia’. Hebat! Tapi pernah ke warga Malaysia mengadakan demonstrasi mengutuk pelbagai jenayah yang dilakukan oleh orang PATI Indonesia di sini sampai pijak bendera mereka atau membaling najis manusia ke arah Kedutaan Besar Indonesia?

    Belum pernah lagi cikwiduri dengar rakyat Malaysia bersikap sedemikian kerana orang-orang kita penuh dengan SABAR.

    Sebolehnya cikwiduri elak daripada menulis sesuatu yang membangkitkan isu politik negara yang berbaur hasutan. Bak kata mak cikwiduri (yang dah berumur 75 tahun tu) ‘kalau la mak nie Menteri, dah lama mak halau orang asing daripada terus datang dan menetap di Malaysia sebabnya tengoklah sekarang. Bukan setakat jenayah je semakin berlambak, nak cari rezeki pun susah!’

    Jangan terlalu manjakan orang yang tidak kita kenali walaupun dah kerja dengan kita bertahun-tahun. Ingat sebelum kena..

Comments are closed.