Duta Malaysia dituntut tinggalkan Indonesia

Susulan dari Sweeping Rakyat Malaysia.

JAKARTA: Kira-kira 500 orang bermotosikal mengadakan protes di depan kediaman Duta Malaysia di Jakarta, semalam, bagi mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah yang berlaku baru-baru ini.

Mereka dilaporkan mengepung rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin, dan menuntutnya meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Penunjuk perasaan juga mengancam untuk mengusir mana-mana warga Malaysia yang ditemui di kompleks beli-belah berhampiran.

Jurucakap Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) berkata, jika duta itu gagal keluar dari Indonesia, mereka akan menggeledah rumahnya bagi memindahkan semua barangan di dalamnya.

“Malaysia benar-benar melampau dan sekali lagi mendera serta merogol pembantu rumah kita.

“Kami hilang sabar kerana Malaysia terus menghina Indonesia dan warganya,” katanya. – AFP

Related:
Sweeping Rakyat Malaysia
‘Balik tak ada kerja’
Malaysia dituduh pengilang syabu terbesar