Tikus hidu periuk api

A baby giant African pouch rat tethered by a wire to its harness while being trained by a pioneering Belgian NGO to smell out deadly landmines stands on it's haunches on October 27, 2010. Light, with an acute sense of smell and easily motivated by food rewards, these kind of rats have been found to be highly effective in mine detection. - AFP

SEEKOR anak tikus yang dipasang tali keselamatan abah-abah berwarna hitam dan merah itu menggoyang-goyangkan hidungnya yang mancung tidak henti-henti di padang tempat ia dilatih oleh badan bukan kerajaan (NGO) Belgium itu.

NGO berkenaan dikenali sebagai Apopo menjadi peneraju kepada usaha untuk melatih tikus menghidu periuk api yang dipasang di tanah itu.

Tikus lain pula yang dilatih di bawah skim yang sama sudah pun membantu untuk membersihkan tanah yang luas di negara jiran, Mozambique yang banyak dilitupi dengan jerangkap periuk api.

Babette, anak tikus yang baru berusia dua bulan, berjalan pada laluan yang dipenuhi rumput itu meskipun jalannya tidak begitu stabil. Anak tikus itu menyusuli dua jurulatih yang menggulingkan besi kecil yang mengajarnya untuk berjalan ke depan dan ke belakang merentasi laluan itu pada satu garisan lurus.

ANAK tikus diberi ganjaran cebisan pisang selepas berjaya mengesan periuk api olok-olok ketika sesi latihan di Morogoro.

Kecil dan mempunyai deria bau yang baik serta senang dirangsang dengan ganjaran makanan, tikus gergasi Afrika didapati sangat berkesan untuk mengesan periuk api oleh NGO terbabit.

Pertubuhan berkenaan mula melancarkan projek latihan itu yang juga satu-satunya projek seumpamanya di bandar Morogoro, Tanzania.

Tikus berkenaan dilatih untuk mengesan TNT di kawasan periuk api tanah menerusi persekitaran operasinya iaitu bunyi klik untuk menandakan ganjaran makanan apabila mereka berjaya melakukan pengesanan yang betul.

Tikus lain dalam projek serupa menjalani jenis latihan berbeza. Mereka belajar untuk menghidu penyakit batuk kering dalam sampel di makmal, yang menyediakan pengimbasan kali kedua di Tanzania di mana pengujian di makmal mempunyai ketepatan sebanyak 60 peratus.

Latihan bermula pada usia tikus berkenaan baru mencecah empat minggu. Anak tikus terbabit diberi pendedahan kepada manusia dan persekitaran baru selepas haiwan kecil itu diajar untuk mengaitkan bunyi klik dengan makanan.

Apabila ia tercapai, anak tikus itu kemudian dilatih untuk membezakan antara bau TNT dengan bauan lain.

Selepas berjaya melakukan perbezaan itu, bunyi klik dimainkan dan anak tikus itu diberikan sedikit pisang, sekali gus mengukuhkan kaitan positif antara pengecaman TNT dengan makanan.

TIKUS gergasi Afrika jinak.

Secara keseluruhan, ia mengambil masa sembilan bulan untuk latihan yang cukup teliti itu diadakan di kawasan lapangan dan bukan lapangan bagi membolehkan tikus terbabit mula dihantar bertugas untuk mengesan periuk api.

“Kerja ini bukan mudah,” kata jurulatih tikus terbabit, Abdullah Mchomvu, sambil memegang sangkar tikus di bawah tangan kirinya.

Menurutnya, kesabaran menjalankan kerja itu sangat penting.

“Kadangkala saya kecewa tetapi kemudian saya memberitahu diri sendiri kerja ini mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Lazimnya, dua petugas penyah periuk api diperlukan untuk membersihkan kawasan periuk api seluas 200 meter persegi yang perlu dilakukan sehari suntuk.

Tetapi jika mereka bekerjasama dengan dua tikus, kerja berkenaan hanya boleh dilakukan dalam masa dua jam. – AFP.

One thought on “Tikus hidu periuk api

Comments are closed.