Mayat hidup

This photo taken on September 21, 2010 shows Cambodian acid survivor Morm Nheb showing a time out sign at the Cambodian Acid Survivors Charity (CASC) on the outskirts of Phnom Penh. Morm Nheb still remembers how her own burnt flesh smelt when her ex-husband doused her face with acid, scarring her for life.

MORM Nheb masih ingat bau kulitnya yang terbakar ketika bekas suaminya mencurah asid pada mukanya, sekali gus meninggalkan parut berpanjangan dalam kehidupan wanita di Phnom Penh, Kemboja ini.

“Baunya kurang menyenangkan. Selepas disimbah dengan asid, saya menjalani kehidupan seperti mayat hidup atau hantu,” kata ibu dua anak ini yang terpaksa bergelut dengan kehidupannya sejak bekas suaminya melepaskan kemarahannya terhadap perceraian mereka.

Wanita ini seorang daripada mangsa simbahan asid di Kemboja apabila asid mudah didapati pada harga murah manakala penyerangnya pula jarang dibawa ke muka pengadilan.

“Kami mengalami kesukaran mendapatkan mangsa yang mahu melakukan dakwaan kerana ada kalanya mereka sangat takut pada penyerang mereka,” kata Pengurus Program Pertubuhan Amal Mangsa Simbahan Asid Kemboja (CASC), Chhun Sophea.

Sejak CASC mula menyediakan khidmatnya pada 2006, ia sudah membantu kira-kira 300 orang seperti Nheb dengan menyediakan bantuan perubatan dan guaman secara percuma selain kaunseling serta latihan kemahiran.

Meskipun tiada perangkaan rasmi dan banyak kes tidak dilaporkan, Sophea berkata, jenayah membabitkan asid semakin menunjukkan peningkatan.

Mulai Januari hingga Oktober tahun ini, CASC mencatatkan 18 serangan apabila 34 orang mengalami kecederaan.

Menurut Sophea, memang terdapat peningkatan tahun lalu dengan 33 orang mendapat rawatan.

This photo taken on September 29, 2010 shows Cambodian acid survivors eating their lunch at the Cambodian Acid Survivors Charity (CASC) on the outskirts of Phnom Penh. The survivors are just some of a growing number of acid burn victims in Cambodia, where the caustic liquid is easily and cheaply available -- and attackers rarely brought to justice.

Kerajaan Kemboja mengenal pasti masalah ini. Ia kini dalam proses menghasilkan draf undang-undang untuk memantau jualan asid dan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penyerangnya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Undang-undang, Ouk Kimlek, berkata penyerang yang disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman antara lima tahun penjara sehingga penjara sepanjang hayat di bawah undang-undang baru.

Undang-undang baru terbabit dijangka diluluskan akhir tahun ini.

“Asid adalah suatu perkara yang teruk. Kami meneliti hukuman untuk menempatkan penyerang di penjara atas apa yang mereka lakukan kepada mangsa supaya kami mampu untuk lebih menangani jenayah asid ini,” katanya.

Keganasan membabitkan penggunaan asid juga satu masalah serius di beberapa negara Asia yang lain.

Bangladesh menyaksikan 86 kes dengan 111 kecederaan hanya dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menurut laporan Yayasan Mangsa Asid (ASF) yang berpangkalan di London.

Yayasan terbabit adalah sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan kempen untuk meletakkan serangan asid sebagai kesalahan jenayah di negara berkenaan.

Di Pakistan, kumpulan hak asasi wanita, Yayasan Aurat melaporkan terdapat 20 kes membabitkan simbahan asid dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Kebanyakan mangsa di negara terbabit adalah wanita, tetapi di Kemboja, lelaki juga sering menjadi sasaran simbahan asid.

“Ramai yang menyangka jenayah asid hanya berkaitan masalah cinta tiga segi,” kata Sophea.

Bagaimanapun, itu bukanlah masalah utama, menurutnya, manakala motif untuk serangan sedemikian memang pelbagai, daripada perasaan cemburu sehinggalah kepada rasa marah dan membalas dendam.

“Ia tidak memberi tumpuan kepada wanita saja di sini. Lelaki juga marah kepada lelaki lain dan wanita juga sakit hati dengan suami mereka.

“Kemarahan dan kekecewaan ini semakin memuncak dan mereka tiada jalan lain untuk melepaskan perasaan berkenaan,” katanya.

Som Bunnarith, 39, penghuni yang lama bersama CASC, adalah seorang mangsa lelaki disimbah asid.

This photo taken on September 29, 2010 shows Cambodian acid survivor Som Bunnarith, 39, playing keyboard at the Cambodian Acid Survivors Charity (CASC) on the outskirts of Phnom Penh. Som Bunnarith is one of a growing number of acid burn victims in Cambodia, where the caustic liquid is easily and cheaply available - and attackers rarely brought to justice.

Dia dibakar isterinya lima tahun lalu ketika mereka bergaduh disebabkan tabiatnya yang sering keluar sehingga jauh malam. Serangan itu membuatkan lelaki terbabit buta.

“Saya menangis. Saya benar-benar kesal ia berlaku pada mata saya,” kata bekas jurujual ini.

Dia mengakui sudah memaafkan perbuatan isterinya. Kedua-dua mereka kini bekerja dalam program pertubuhan terbabit dan dia tidak mahu melihat isterinya dipenjarakan.

Berbeza bagi Nheb kerana dia inginkan keadilan.

Dia tidak berupaya untuk mendapatkan kerjanya semula di sebuah kilang akibat serangan itu dan berasa dipinggirkan daripada masyarakat.

“Apabila orang memandang saya, sama ada ia disebabkan rasa kasihan atau pandangan ingin tahu, ia suatu perkara yang sangat dahsyat.

“Melihat saja mangsa simbahan asid, mereka berkata, inilah akibatnya mengambil suami orang. Ia memang membuatkan saya marah,” katanya – AFP