Doa (1): Himpunan doa dalam Islam

CIKWIDURI cuba pelbagaikan kegunaan blog ini yang bukan saja berkisar mengenai berita dan peristiwa. Oleh itu, cikwiduri menyediakan satu senarai yang menghimpunkan beberapa doa untuk rujukan muslimin/muslimat semua. Diharap sumbangan ini menjadi medan ilmu untuk semua pembaca.

>> DOA kasih sayang/pelembut hati suami/isteri/anak
“Taha (Hai manusia). tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana.” (Surah Taha ayat 1-5).

“Allah itu lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikan-Nya rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan dia Maha gagah lagi Maha Berkuasa. (Surah al-Syura ayat 19).

>> DOA memperoleh isteri dan anak bertakwa
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan ayat 74).

>> DOA mengekalkan kasih sayang suami/isteri/anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu dengan lain
“Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.” (Surah al- Imran ayat 200).

>> DOA apabila melihat sesuatu yang disukai
“Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala amalan yang baik.”

>> DOA waktu pagi dan petang
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang terjadi.”

>> DOA taubat
“Wahai Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang mempunyai Kemuliaan.”

>> DOA mohon ketetapan iman
“Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi di pengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.”

>> DOA mohon perlindungan daripada kerunsingan
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”

cikwiduri: Himpunan doa ini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Insyaallah🙂