india

Duit lebih penting daripada nyawa

A lady cried in pain when her husband died tragically in fire at Hameem factory outlet.

TEMPAHAN daripada jenama barat seperti Gap, H&M dan Zara membanjiri sektor pakaian kos rendah di Bangladesh namun pakar memberi amaran perkembangan memberangsangkan itu melindungi masalah dalaman industri berkenaan.

Kejadian seperti rusuhan yang membawa maut gara-gara gaji dan kemalangan di tempat kerja termasuk kebakaran sebuah kilang yang mengorbankan 25 orang baru-baru ini, semakin meningkat tatkala syarikat eksport berkembang begitu mendadak untuk memenuhi permintaan.

“Industri terbabit berkembang begitu pantas sekarang, tetapi kami menghampakan pekerja pakaian kami,” kata penyelidik kanan, Khondaker Golam Moazzem.
Penyelidik berkenaan berkhidmat di pusat pemikir tempatan, Pusat Dialog Polisi.

“Kami boleh membina kilang besar beberapa tingkat, tetapi kami tidak dapat memastikan mereka memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang asas,” katanya merujuk kepada kilang Hameem terdiri daripada 11 tingkat yang mana 25 pekerja terbunuh dalam satu kebakaran besar baru-baru ini.

Kedai pakaian terkemuka Amerika Syarikat iaitu Gap dan JC Penney adalah antara pelanggan kilang berkenaan.

Kumpulan hak asasi buruh pula menyalahkan pembeli barat kerana keadaan persekitaran kerja berbahaya yang sekian lama tidak diambil peduli dalam usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran.

Scott Nova daripada Konsortium Hak Asasi Pekerja berkata, beberapa jenama berkaitan sering diberi amaran mengenai piawaian berhubung kebakaran dan keselamatan bangunan di kilang yang mereka gunakan di Bangladesh.

Berdozen-dozen pekerja cuba melarikan diri, tetapi terkorban dalam kebakaran yang memusnahkan kilang Hameem.

Pekerja pula mendakwa pintu keluar kilang terbabit dikunci untuk menghalang kecurian.

Polis berkata, litar pintas elektrik mungkin menjadi punca kebakaran terbabit yang merebak dengan cepat ke arah timbunan pakaian, sekali gus membuatkan kilang itu dipenuhi asap dan menyebabkan panik di kalangan beribu pekerja.

“Mereka tidak dapat melihat, mereka takut, panik dan lari ke atas bumbung, tetapi pintu pula berkunci. Mereka tidak dapat keluar kecuali melompat,” kata Hazrat Ali yang bekerja di kilang terbabit.

Kumpulan lobi Kempen Pakaian Bersih (CCC) berkata, label barat gagal untuk bertindak susulan beberapa amaran meskipun selepas satu kebakaran yang mengorbankan 21 orang di kilang baju panas pada Februari lalu.

Kilang terbabit mengambil tempahan untuk syarikat gergasi Sweden, H&M.

“Kami sudah memberi amaran kepada beberapa jenama berkaitan berulang kali yang perkara ini akan berlaku lagi di masa depan. Tetapi mereka memilih untuk memberi maklum balas secara minimum.

“Pekerja itu terus terkorban manakala jenama terbabit, kerajaan dan majikan cuba menuding jari sesama mereka untuk memikul tanggungjawab itu,” kata jurucakap wanita CCC, Ineke Zeldenrust.

Kilang kain yang terbakar ini memusnahkan segalanya termasuk mengorbankan 25 nyawa.

Industri pakaian Bangladesh yang menyediakan pekerjaan untuk kira-kira tiga juta orang dan cukup penting kepada ekonomi negara yang miskin itu
turut digegarkan dengan rusuhan yang membawa maut. Rusuhan sejak kebelakangan ini tertumpu kepada permintaan untuk kenaikan gaji.

Lima pekerja meninggal dunia apabila polis menembak ke arah sekumpulan beribu-ribu penunjuk perasaan yang memprotes gaji rendah di zon kilang utama di bandar pelaburan selatan Chittagong.

Rusuhan merebak ke Dhaka dan ke utara negara terbabit dengan kereta dibakar, kilang disekat dan peralatan juga musnah.

Pekerja terbabit memprotes bahawa kenaikan gaji minimum yang berkuat kuasa pada November dilaksanakan secara tidak adil dengan kakitangan yang lebih berpengalaman tidak memperoleh kenaikan berkenaan.

“Kejadian seperti ini – kebakaran dan keganasan – mereka memberikan isyarat yang salah kepada pembeli antarabangsa.

“Sudah sampai masanya untuk berubah. Kami banyak menerima tempahan, inilah masanya untuk memastikan pekerja juga memperoleh manfaat,” kata Moazzem – AFP