azwan ismail

Azwan Ismail: “Saya Gay, Saya Ok”

SEORANG yang berjawatan profesional sebagai jurutera, editor “Orang Macam Kita” dan penulis ini bersungguh memberitahu penonton Youtube tentang dirinya, jiwanya malah perjalanannya. Petikan kata-kata daripada Azwan Ismail,32.

“Memang tidak dinafikan agak sukar untuk mejadi seorang gay. Additional term juga kita seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya mencorakkan kehidupan kita dan membertitahu kita apa yang kita boleh jadi dan tak boleh jadi. Tapi kita kena ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, guru-guru, ustaz, dan kawan-kawan kita, kebanyakannya adalah pandangan daripada seorang hetroseksual yang tidak memahami dan merasai menjadi seorang gay.”

Memang berani namun ini bukanlah hak kebebasan bersuara tetapi cuma membuka keaiban diri sendiri.

Lelaki Muslim ini hanya berpegang kepada keyakinan dan pendiriannya sebagai seorang gay sekaligus bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Tidak dinafikan golongan homoseksual ini sudah wujud di zaman Nabi Luth malahan kaum itu telah menerima balasan kehancurannya oleh Allah s.w.t kerana kemungkaran yang dilakukan (rujuk Surah Hud 82-83). Al-Quran sudah bercerita, hadith juga sudah berkata namun mengapa umat Nabi Muhammad hari ini terikut-ikut pula? Inilah yang penulis golongkan mereka sebagai Melayu barat atau Melayu moden – mengikuti arus kemodenan, hidup dalam dunia teknologi tetapi membelakangkan agama. Tersasar jauh nampaknya.

    Surah Al-A’raf 80-81: Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas”.

Kita tahu bahawa seks sesama jenis dilarang dalam Islam. (Rujuk Al-Qur’an: surah Al-A’raf 80-81, surah Al-Mukminun 5-7; Hadith: HR. At-Tirmidzi no. 1166 Kitab ar-Radha’, Ibnu Hibban no. 1302, Shahiih at-Tirmidzi no. 930 and Al-Misykah no. 3195).

Sebuah artikel bertajuk “Gay, Lesbian dan Homoseksual” menyimpulkan bahawa, tidak akan wujud sama sekali hubungan seks secara fitrah antara perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki. Islam sama sekali tidak menghalalkannya dan sekiranya terjadi, bererti seseorang itu telah keluar dari batas fitrah dan tabiat manusia sekaligus melanggar hukum-hukum yang telah ditentukan Allah.

Hamba Allah bernama Azwan Ismail ini dipilih sebagai peserta kempen ‘Seksualiti Merdeka‘ yang mendapat sokongan daripada pergerakan It’s Get Better Project. Kaum Nabi Luth bertepuk tangan denga kehadiran ahli kelab baru ini. Selepas ini, pasti ramai yang lantang menyuarakan hak peribadi. Jangan terkejut jika wujud slogan “Aku gay! Kau kutuk pun ada aku kisah?”

Penulis berharap, kerajaan tanpa mengira parti politik bersepakat mewujudkan satu undang-undang yang perlu diperhalusi terhadap kes sebegini. Malaysia sudah moden dan berdemokrasi begitu juga orang-orang Melayu Islamnya yang mula sudah lupa diri dan agama kerana terikut-ikut arus hari ini.

Rukunegara Malaysia:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan dan kesusilaan

Nampaknya, Azwan Ismail dah langgar 3 daripada 5 rukunnegara (No. 1, 4, 5). Jangan kerana terlalu lantang memperjuangkan hak peribadi..kena ISA pula nanti.