HONDURAS-COMMODITIES-COFFEE-CHILD-LABOR

Tidak salah

EVELYN dan Carlos bekerja keras selama 10 jam sehari di kawasan pergunungan dingin di El Paraiso, Honduras mengisi bakul dengan biji kopi merah ranum untuk mendapatkan wang.

Mereka hanya berusia enam dan lapan tahun.

“Ada kalanya saya mengisi tujuh bakul sehari,” kata Evelyn yang cekap menolak ranting pada laluannya untuk memetik biji kopi Honduras dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat daripada anyaman rotan yang tergantung pada pinggang kecilnya.

Anggaran Evelyn itu mungkin tidak tepat memandangkan Carlos yang dua tahun lebih tua daripadanya berkata dia hanya mampu mengisi empat bakul.

Kiraan Evelyn boleh dimaafkan apatah lagi dia baru memulakan persekolahan dan masih belajar aritmetik asas.

Kanak-kanak terbabit mungkin mampu memetik kira-kira 30 kilogram biji kopi sehari.

Hasil kutipan mereka dijual di pasar minggu ini pada harga 2.34 dolar (RM7.25) satu paun. Justeru, hasil kutipan sehari bernilai kira-kira RM465.

“Saya berikan wang yang saya dapat itu kepada emak saya,” kata Carlos mengenai gajinya yang bernilai RM24.8 sehari itu.

A child carries a sack of coffee beans in the department of El Paraiso, 120 kms east of Tegucigalpa. Honduras, a country that hopes to become the the first coffee exporter in Central America, does not regulate child labor. (Photo: Orlando SIERRA, 20/12/2010)

Lebih daripada 100,000 warga Honduras bekerja di ladang sepanjang musim menuai selama empat bulan yang bermula pada Oktober.

Data kerajaan menunjukkan sehingga sejuta orang bekerja tetap dalam industri berkenaan yang mewakili kira-kira 15 peratus daripada keluaran negara kasar negara Amerika Tengah yang kecil dan miskin itu.

Kebanyakan pekerja bermusim terdiri daripada kanak-kanak. Meskipun kerajaan Honduras tidak menggubal undang-undang mengenai buruh kanak-kanak, majikan menyedari bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah.

“Kami kekurangan buruh manual dan anda tidak boleh biarkan biji kopi itu jatuh dan menjadi busuk,” kata Faustino Gonzalez yang memiliki La Tomacita, ladang di mana Evelyn dan Carlos bekerja.

Golongan dewasa kurang menggemari keadaan kerja yang teruk di kawasan pergunungan itu yang biasanya sering dibasahi hujan atau diselimuti kabus sejuk, jelas penanam kopi itu.

A child harvests coffee beans in the department of El Paraiso, 120 kms east of Tegucigalpa. (PHOTO: Orlando SIERRA, 20/12/2010)

“Setiap hari bilangan pekerja semakin kurang dan sebab itu, kami terpaksa mengambil pemetik kopi daripada pelbagai usia.

“Kami memastikan kanak-kanak itu berada di sebelah ibu atau bapa mereka supaya mereka dapat mengawasi anak masing-masing serta menjauhkan mereka daripada perkara yang boleh membahayakan.

“Ada kalanya terdapat gaung curam di sesetengah kawasan dan mereka boleh tergelincir dan menyebabkan kepala terhantuk pada batu atau kayu,” kata Gonzalez.

Selang beberapa pokok dari tempat Evelyn dan Carlos, David dan Darwin yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun, memetik biji kopi bersama bapa mereka, Santos Vasquez, membersihkan ranting pokok daripada biji kopi secepat mungkin, dengan hasrat untuk mendapatkan wang mencukupi bagi membeli pakaian.

Darwin yang baru saja menamatkan sekolah rendah, tahu keluarganya terlalu miskin untuk membiayai pendidikan selanjutnya.

Gonzalez berkata, dia menjangkakan 12 hektar tanah berbukit di La Tomacita, berhampiran kampung El Paraiso itu mampu menghasilkan kira-kira 200 guni kopi seberat 48 kilogram setiap satu.

Industri kopi Honduras yang kian memberangsangkan adalah ketiga terbesar di Mexico, Amerika Tengah dan rantau Caribbean, menurut Rangkaian Maklumat Pertanian Global.

Honduras coffee (PHOTO: Orlando SIERRA 20/12/2010).

Musim menanam terakhir pada 2009-2010 menjana kira-kira empat juta guni kopi dengan nilai eksport sebanyak RM1,891 juta, menurut Institut Kopi Honduras, yang mengharapkan pengeluaran terbabit akan menjadi penyumbang terbesar satu hari nanti di rantau berkenaan.

Namun Honduras adalah salah sebuah daripada segelintir negara di dunia yang tidak mengharamkan buruh kanak-kanak.

Angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terkini menunjukkan kira-kira 215 juta kanak-kanak di dunia masih bekerja dengan kebanyakannya bekerja dalam persekitaran berbahaya – AFP