piala aff-t

Piala Suzuki AFF 2010: Penyokong Indonesia perlu rasional

GANGGU...penyokong fanatik Indonesia mengganggu sesi latihan pasukan Malaysia.

KETUA jurulatih kebangsaan, K Rajagobal meminta masyarakat Indonesia menerima dengan tangan terbuka keputusan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF untuk menentukan juara baru kejohanan itu yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.

“Ketika kami tewas 5-1 pada perlawanan pembukaan saya menerima keputusan itu dengan mengakui ia  kesilapan pemain sehingga membolehkan Indonesia menang besar.

“Sekarang Indonesia ketinggalan tiga gol, kenapa anda tidak dapat menerima keputusan ini. Ini   permainan bola sepak dan pasti ada pasukan   menang dan kalah,” katanya semalam. – HM