KUALA LUMPUR 05 April 2011 - Director of Iranian Students Affairs in South East Asia, Prof. Dr. A. Memariani (centre) at press conference on the First Scientific Conference of Iranian Students in Malaysia at Republic Islamic of Iran.

Lahir saintis Islam

Siswa Iran anjur persidangan untuk kenal pasti kebolehan, keupayaan

KUALA LUMPUR 05 April 2011 - Director of Iranian Students Affairs in South East Asia, Prof. Dr. A. Memariani (centre) at press conference on the First Scientific Conference of Iranian Students in Malaysia at Republic Islamic of Iran.

BAGI  melahirkan lebih ramai saintis dan ilmuwan dari  negara Islam, Persidangan Saintifik Pertama mahasiswa Iran berlangsung di kampus induk Universiti Putra Malaysia  (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Objektif persidangan itu bagi memperkenal  dan mengenal  pasti keupayaan serta kebolehan mahasiswa Iran yang me nuntut di negara ini selain bertukar maklumat dalam bidang  sains agar mampu memperkukuhkan pengajian saintifik di  negara mereka kelak.

Persidangan terbabit dianjurkan Pengarah dan Saintifik  Kaunselor Perhubungan Pelajar Iran Asia Tenggara,  Profesor  Dr A Memariani.

Menurutnya, persidangan itu menjadi landasan memper kukuhkan lagi bakat sains di kalangan mahasiswa pelbagai  peringkat pengajian selain pemangkin untuk pembangunan  negara mereka pada masa depan.

“Persidangan  ini mewacanakan pelbagai maklumat dan ilmu  serta menjadi jambatan untuk menilai keupayaan mereka  sepanjang tempoh pengajian. Ini bertepatan  misi negara kami  untuk melahirkan tenaga pakar dalam  pelbagai bidang.

“Sekurang-kurangnya 20 jurusan perlu diberi perhatian bagi  membangunkan kajian saintifik ini termasuk pertanian, tek nologi maklumat, pengurusan dan sains sosial.

“Dengan pemberian biasiswa ini, diharap mampu mem bantu mereka menjalankan penyelidikan selain membuktikan  komitmen kami memberi dorongan sepanjang tempoh pe ngajian,” katanya.

Kini, terdapat seramai 2,700 mahasiswa mengikuti  Ijazah  Falsafah Kedoktoran dan 3,500 Ijazah Sarjana pelbagai ju rusan di negara ini dengan 430 biasiswa diberi sejak tahun lalu  sebagai insentif.

Dr Memariani berkata, Iran tidak mampu menampung  permintaan tinggi bagi pengajian peringkat tinggi dan ke banyakan mahasiswanya diberi biasiswa bagi melanjutkan  pengajian ke luar negara.

“Antara faktor terpenting pemilihan negara ini ialah mem punyai budaya sosial hampir sama yang memudahkan lagi  proses pendidikan. Kami turut mempunyai profesor dalam  pelbagai bidang yang pernah menimba ilmu di negara ini.

“Perkongsian pengalaman, ilmu dan maklumat golongan  profesional ini banyak membantu dan menaikkan semangat  untuk mahasiswa melanjutkan pengajian sekali gus pulang  dengan membawa kepakaran diperlukan.

“Bidang berkaitan Pengajian Islam turut dilihat  simbol  kejayaan dan diharap kerjasama ini bakal memberi dimensi  baru kepada Iran untuk menjana pembangunan negara pada  masa depan,” katanya.

– Date Published : 11th April 2011

– Company : Harian Metro (Variasi – Bestari)