AMEA himpun 450 pendidik perubatan

MENSASARKAN perkongsian maklumat lebih luas di kalangan pengamal dan pendidik perubatan, Kongres Keenam Persatuan Pendidikan Perubatan Asia (AMEA) di anjurkan di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bertema Arah Tuju Pendidikan Perubatan, program bertaraf antarabangsa yang julung kali dianjurkan itu menjadi medan perkongsian pengetahuan dan kepakaran dalam bidang per ubatan.

Lebih membanggakan, ia menarik 450 penyertaan pendidik perubatan dari lima benua dan 40 negara seperti Mongolia, Sweden dan negara Timur Tengah untuk turut serta selain disokong Persidangan Pendidikan Perubatan Antarabangsa (IMEC).

Presiden IMU, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, berkata program itu membuka lembaran baru kepada peserta untuk berkongsi maklumat, kepakaran serta profesionalisme me ngenai bidang perubatan.

Beliau berkata, melalui perkongsian itu, pengamal dan pendidik perubatan mampu mempertingkatkan tahap pe nguasaan terhadap kemahiran serta kapasiti ilmu bagi mem bantu mereka memerlukan.

“Perkongsian ini bukan saja mempertingkatkan tahap pe nguasaan malah membantu golongan terbabit memperbaiki kemahiran ke tahap lebih baik.

“Ini usaha bersepadu dalam memastikan kredibiliti bidang perubatan mampu diiktiraf melalui peningkatan ilmu baru.

“Ia juga medan untuk berkongsi idea, rangkaian serta cabaran baru dan memahami peserta memahami konteks perubatan dengan lebih tersusun,” katanya.

Program saintifik berbentuk simposium turut dibincangkan dengan penekanan beberapa tajuk seperti ‘The Changing Face of Medical Education’ oleh pendidik perubatan terkenal United Kingdom, Profesor Ronald Harden, ‘Measuring Te aching Excellence: Mission Impossible’ ( John Norcini, Ame rika Syarikat) dan ‘Medical Education in Global Village’ ( Grace Tang, Hong Kong ).

Bagi mengenang jasa Profesor Ron Harden yang banyak berjasa meningkatkan inovasi pendidikan IMU, acaraa hunan Anugerah IMU-Inovasi Ronald Harden dalam Pen didikan Perubatan (IMU-RHIME) turut dianjurkan dengan enam pencalonan dari universiti Malaysia, Kanada dan Sri Lanka.

Tidak ketinggalan perbincangan mengenai klinik pendi dikan perubatan dengan panel jemputan terdiri daripada Wojciech Pawlina dari Kolej Perubatan Klinik Mayo, Ro chester, Minnesota, Amerika Syarikat, John Marley ( Uni versiti Queensland, Australia), Tessa Dunseath ( Universiti Monash, Australia) dan Hla Yee Yee ( IMU).

– Date Published : 25th April 2011
– Company : Harian Metro (Variasi – Bestari)