Flight HK 01

Sabah pikat pelancong

SABAH antara negeri yang menjadi tumpuan pelancong dari China dan Hong Kong. Dua bulan pertama tahun ini, 22,000 pelancong dari negara itu melawat Sabah.

Bagi memenuhi permintaan penerbangan ke negeri di bawah bayu itu, Hong Kong Airlines melancarkan dua penerbangan dari Hong Kong ke Kota Kinabalu bermula 22 April lalu.

Syarikat penerbangan itu akan mempertingkatkan sehingga 21 penerbangan setiap minggu tidak lama lagi.

Statistik Badan Promosi Pelancongan Sabah mendapati jumlah pelancong Asia ke Sabah meningkat sehingga 50 peratus tahun lalu. Daripada 670,000 pelancong Asia, 100,000 pelancong dari Hong Kong, Macau dan China.

Malah, antara kawasan tumpuan di Sabah ialah lautnya kerana ramai yang datang untuk menikmati pengalaman menyelam skuba selain melihat keindahan laut di negeri itu.

Pulau Sipadan pula dikategorikan destinasi pulau penyelam antarabangsa paling ramai dikunjungi terutama dari pelancong luar.

Sabah turut menyediakan pelbagai aktiviti lasak, antaranya mendaki Gunung Kinabalu, melawan arus di Jeram Padas atau bermain bersama anak-anak ikan di permukaan laut.

Pelbagai cara dilakukan bagi memperkenalkan Sabah ke Asia, antaranya pengambaran drama ‘Born Rich’ oleh TVB Jade di sekitar Kota Kinabalu dan Kudat dengan memaparkan panorama Sabah.

Dengan pelbagai jenis juadah, Sabah turut menarik per hatian pakar dan pengkritik makanan terkenal seperti Leung Man Tao, Chef Chow Chung dan Michael Lam.

Untuk perayaan ‘Easter’ ini, Hong Kong Airlines mem perkenalkan pakej percutian 4 hari 3 malam ke Sabah termasuk tiket pesawat dan penginapan berharga RM3,591 seorang.

Maklumat, layari laman Hong Kong Airlines di http://www.hkair linesholidays.com.