KOLEKSI...antara siri Memory Booster dan 123 Amalan Belajar Cemerlang.

Kad belajar tingkat memori

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

KOLEKSI...antara siri Memory Booster dan 123 Amalan Belajar Cemerlang.

PERSEDIAAN menghadapi peperiksaan adalah kepenti ngan utama guru bagi membantu pelajar memperoleh ke putusan cemerlang, justeru, panduan betul merealisasikan impian itu.

Bagi membantu usaha itu, Oxford Fajar Sdn Bhd menghasilkan siri kad belajar, Memory Booster: 123 Amalan Belajar Cemerlang.

Pengarah Urusan Oxford Fajar Sdn Bhd, Sharmini Nagulan, berkata perubahan dalam sistem pendidikan perlu selari bagi membantu pembangunan negara dan memenuhi piawaian ditetapkan.

Beliau berkata, selain pelajar, guru adalah medium penting memastikan piawaian itu mampu dicapai dengan meng gunakan konsep pembelajaran sesuai.

“Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai bahan bantuan mengajar mesra pengguna untuk mewujudkan impak ke cemerlangan menerusi pembelajaran optimum.

“Inilah cabaran kepada penerbit untuk mengeluarkan bahan ilmiah lebih bermutu.

“Memory Booster: 123 Amalan Belajar Cemerlang adalah hasil penulisan Lim Teck Hoe yang berpengalaman 10 tahun sebagai pelatih profesional dengan mengendalikan pelbagai aktiviti kecerdasan otak dan strategi meningkatkan pem belajaran,” katanya.

Katanya, kaedah pengajaran guru dan cara pembelajaran pelajar perlu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan.

Inilah yang dimuatkan dalam kaedah Memory Booster itu bagi membolehkan guru menyesuaikan kaedah mengajar dalam pelbagai keadaan dan perubahan.

Sebanyak 123 panduan dimuatkan sebagai cara bagi me nguatkan daya ingatan pelajar dan ia disediakan meng gunakan teori otak kanan dan kiri dalam pembelajaran.

Siri Memory Booster merangsang kedua-dua bahagian otak menerusi penggunaan visual, imej, ilustrasi, gambar rajah, carta, nota dan kata kunci bagi memudahkan pelajar untuk mengingat setiap fakta.