PENGGIAT TEATER... Tiara (dua dari kiri) bersama Raymond Miranda, Pat Ibrahim dan Suhaili di sidang akhbar, semalam.

Mekarkan bakat anda

Enact tawar tiga kursus unik kepada pencinta seni  persembahan teater

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

PENGGIAT TEATER... Tiara (dua dari kiri) bersama Raymond Miranda, Pat Ibrahim dan Suhaili di sidang akhbar, semalam.

ENFINITI Academy of Musical Theatre and Entertainment  Arts (Enact) yang dirasmikan bulan lalu, kini menawarkan  tiga kursus unik kepada pencinta seni persembahan teater.

Presiden Enfiniti Vision Media, Datin Seri Tiara Jacquelina,  berkata Enact memberi fokus bagi membangunkan artis dan  penghibur yang berkaliber dalam pelbagai bidang teru tamanya teater muzikal termasuk pengarah, penulis, pe ngurus pentas dan pereka set.

“Pelajar didedahkan dengan persekitaran kerja yang pro fesional melalui pelbagai peluang yang ditawarkan di bawah  syarikat Enfiniti.

“Enact menawarkan latihan sambil belajar yang lebih prak tikal di samping peluang pekerjaan yang terbuka untuk  pelajarnya.

“Kami turut menawarkan program pembangunan dan  pembelajaran untuk korporat menerusi latihan drama,” katanya.

Menerusi teater, katanya, pelajar mampu membina kreativiti  dan keyakinan diri, memahami pentingnya bekerja secara  berkumpulan serta merasai pengalaman secara peribadi.

Sebagai permulaan Enact menawarkan bengkel seni tari  ‘Dance!’ yang dikelolakan pereka tari selebriti, Pat Ibrahim.

Pat terbabit dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang, P  Ramlee the Musical dan The Secret Life of Nora yang bakal  dipersembahkan pada September ini.

Kursus kelolaan Pat Ibrahim terbuka kepada orang ramai  yang berumur 16 tahun ke atas, bermula pada 26 hingga 29  Mei.

Yuran penyertaan ialah RM300 setiap seorang.

Jika tiada pengalaman menari, tetapi berminat, anda ber peluang mengikuti kursus ‘Jazzing Up Your Ballet’ yang  latihannya diberikan Suhaili Michelin.

Jazzing Up Your Ballet diadakan sewaktu cuti sekolah ini  dengan memperkenalkan tarian balet sebagai permulaan  untuk menjadi penari atau penghibur teater muzikal.

Enact turut menawarkan ‘Starmaker Musical Theatre Bootcamp’ iaitu bengkel intensif menjurus kepada seni teater  muzikal selama lima minggu bermula pada 27 Mei hingga 26  Jun 2011.

Peserta akan dilatih untuk membina karakter menerusi  nyanyian, tarian dan lakonan (triple treat) yang perlu disemai  oleh setiap penggiat teater.

Program ini yang direka sebagai kursus pertengahan ber sesuaian untuk peserta yang mempunyai pengalaman dan  sebaliknya, dikelolakan oleh penggiat teater berpengalaman  dan profesional di Malaysia antaranya Joanna Bessey, Raymond Miranda dan Pat Ibrahim.

Harga pengenalan yang ditawarkan ialah RM1,200 dan  mereka akan mempelajari pelbagai topik, antaranya teknik  lakonan, balet, jazz, teknik persembahan dan vokal serta aspek  profesional dan etika teater.

Mereka yang berminat mengikuti kursus ini boleh hubungi  03-6142 9877, e-mel enact@enfiniti.com.my atau layari  http://www.facebook.com/enfinitiacademy bagi maklumat lanjut.