queen anne revenge 2

Pesta lanun di Mid Valley Megamall

MENARIK... replika kapal Queen Anne’s Revenge tersergam di tingkat bawah, Centre Court, Mid Valley.

MID Valley Megamall dan Bank HSBC dengan kerjasama MasterCard Wordwide, Penerbangan Malaysia (MAS) dan Walt Disney Studios Motion Pictures mengadakan persembahan ‘Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides’ sempena cuti sekolah ini.

Filem ini mengisahkan Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) bersama Angelica (Penelope Cruz) mencari Telaga Muda Remaja serta menghadapi lanun laut terkenal, Blackbeard lakonan Ian McShane.

Pelbagai rintangan dihadapi mereka dalam pengembaraan itu dan filem ini tambah menarik dengan kehadiran ikan duyung, Syrena lakonan Astrid Berges-Frisbey.

Bagi memeriahkan filem itu, Mid Valley Megamall turut mengadakan persembahan ala lanun, meninjau pakaian dan peralatan pentas serta sesi bergambar bersama lanun dan replika kapal ‘Queen Anne’s Revenge.’

Pengurus Promosi dan Pengiklanan, Ryan Young Chang Heng, berkata program berkenaan diadakan bagi memberi kelainan yang orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah itu.

“Sempena program ini, pelanggan MasterCard berpeluang memenangi penginapan lima hari empat malam untuk dua orang ke Maldives yang ditaja MAS.

“Pelanggan perlu membuat pembelian RM150 menggunakan kad itu dalam satu resit di kedai terpilih Mid Valley.

“Pertandingan ini bermula 19 Mei dan berakhir 5 Jun 2011,” katanya.

Pelanggan juga boleh mendapatkan jurnal HSBC edisi terhad dengan menukarkan resit pembelian minimum RM400 dalam satu resit.

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, mereka berpeluang menunjukkan bakat dalam bengkel kraf lanun yang diadakan sempena program itu.

Parti lanun pula dianggap pengalaman yang sungguh bermakna untuk semua kanak-kanak kerana mereka berpeluang menyanyi, menari, merasai pelbagai permainan dan memenangi hadiah kategori pakaian lanun terbaik.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-29383333.