masjid sultan salahuddin abdul azizi shah

Shah Alam menawan

Taman pertanian pertama dan terbesar negara, Bukit Cerakah tawar pengalaman empat musim

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MULANYA dikenali sebagai Sungai Renggam iaitu tapak ladang kelapa sawit yang terletak antara Petaling Jaya dan Klang. Dibuka pada 1963, Shah Alam dijadikan pusat pen tadbiran Selangor sementara pada 7 Disember 1978, ia diisytiharkan sebagai ibu negeri atas perkenan DYMM Al marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor kelapan.

Kepesatan ekonomi dan pembangunan di Shah Alam membawa kepada kenaikan tarafnya sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 yang disempurnakan Menteri Besar Se langor yang ke-13, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

Majlis Perbandaran Shah Alam pula dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ketujuh di Malaysia selepas Georgetown, Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara dan Selatan, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Bandaraya Shah Alam turut mempunyai pelbagai tempat menarik yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Hampir 10 destinasi ini perlu dikunjungi untuk pelbagai aktiviti dan keraian.

1) MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Selangor turut dikenali sebagai ‘masjid biru’ di kalangan pelancong. Ia adalah masjid terbesar di Asia Teng gara dengan kombinasi seni reka bentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri binaan Melayu Asli.

Terletak di sebahagian Tasik Shah Alam, ia mampu me muatkan 24,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas bimbingan agama, dewan untuk upacara akad nikah dan ruang mengambil wuduk yang canggih.

Keunikan masjid ini terletak pada kubahnya yang dikatakan terbesar di dunia. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat, panel berwarna biru yang tahan karat dan dihiasi khat al-Quran yang ditulis Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi dari Mesir.

Ia dirasmikan DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Mac 1988 dan menjadi lambang kebesaran Islam khususnya di Selangor.

2) TAMAN SUKAN LASAK SHAH ALAM

Taman yang disiapkan pada Februari 2007 adalah se bahagian daripada Pusat Sukan Shah Alam yang terletak di Seksyen 13.

Ia menyediakan ruang untuk aktiviti wall climbing, papan luncur, basikal BMX, paintball dan ‘boulder’. Blok untuk boulder berukuran 320 meter persegi manakala blok me manjat dinding berukuran 525 meter persegi.

Kemudahan yang disediakan amat sesuai untuk semua golongan terutama kepada remaja yang meminati aktiviti lasak. Kemasukan adalah percuma namun peralatan yang disediakan perlu disewa.

3) DATARAN SHAH ALAM

Dataran Shah Alam terletak di Persiaran Sultan berse belahan dengan Wisma Majlis Bandaran Shah Alam dan Pusat Pelancongan Darul Ehsan.

Rekaannya unik mengandungi unsur tradisional, moden dan klasik. Dataran Shah Alam turut dilengkapi dengan satu skrin gergasi dan menara jam setinggi 50 kaki sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga.

4) MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali sebagai Muzium Sultan Alam Shah dirasmikan DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 September 1989.

Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, dan ditadbir di bawah Lembaga Muzium Selangor.

Terletak bersebelahan Perpustakaan Raja Tun Uda, muzium ini mempunyai ruang lantai seluas 41,538.46 meter persegi yang dibina di atas tanah seluas 12.95 hektar.

Bangunan lima tingkat ini terdiri daripada dua tingkat ruang pejabat, tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun.

Terdapat lima buah balai pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Warisan Alam Semula jadi, Balai Islam dan Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat sumber, auditorium, dewan, bilik mesyuarat, makmal dan gudang.

Ia diwujudkan bagi menyimpan khazanah dan artifak Negeri Selangor terutamanya sejarah, salasilah Kesultanan Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor.

Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab memelihara pelbagai barangan berharga yang mencipta sejarah. Pelbagai artifak dan bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman prasejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali hari Isnin.

5) PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA

Dianggap sebagai perpustakaan awam pertama di Malaysia yang memenuhi piawaian antarabangsa, mempunyai empat tingkat di atas aras tanah dan dua tingkat di bawah tanah yang berkeluasan 102,545 kaki persegi.

Ia menjadi tempat rujukan utama di Selangor malah termoden di Asia Tenggara yang menempatkan pelbagai bahan bacaan seperti buku pinjaman, majalah, risalah dan laporan, koleksi terhad, koleksi Selangor, bahan pandang dengar, peta dan arkib PPAS melebihi 2,000 koleksi bahan bacaan.

Pengguna boleh mengakses bahan menerusi Online Public Access Catalog (OPAC) atau melalui laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Antara perkhidmatan utama yang disediakan ialah pin jaman, rujukan, alat pandang dengar dan pinjaman antara perpustakaan.

Ketika ini Perpustakaan Raja Tun Uda ditutup sejak Di sember 2010 untuk proses perpindahan ke bangunan baru di Seksyen 13 berdekatan kelab Golf Shah Alam.

6) BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini adalah ba ngunan sekretariat Selangor. Pembinaannya antara 1982 hingga 1984 terletak di Bukit Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Seksyen 5, Shah Alam.

Bangunan ini dibuka secara rasmi pada Februari 1985 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang me nempatkan pelbagai pejabat kerajaan negeri termasuk pejabat Menteri Besar dan Pejabat Majlis Negara.

Keunikan bangunan ini terletak pada seni binanya yang berbentuk seperti menara kapal angkasa sebagai petunjuk kemajuan pembangunan Selangor ketika itu.

7) TAMAN TASIK SHAH ALAM

Tasik buatan tangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu timur, barat dan tengah. Bahagian timur dipanggil Tasik Damai, barat sebagai Tasik Permai sementara bahagian tengah dinamakan Tasik Indah.

Ketiga-tiga bahagian ini dikelilingi tasik dan kehijauan taman yang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.
Terletak di Seksyen 14 berhampiran Kompleks PKNS, Taman Tasik Shah Alam menyediakan ruang rekreasi ber keluasan 43 hektar yang turut menjadi habitat pelbagai hidupan air dan burung yang singgah di sini.

Jika gemarkan aktiviti air, pelancong boleh menyewa kayak RM10 mengikut jam. Jaket keselamatan disediakan dan dipantau tenaga pengajar kayak terbabit.

Pelbagai kemudahan disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki, laman refleksologi, kawasan rehat, restoran dan tempat letak kenderaan.

Taman ini pernah menjadi hos untuk pelbagai majlis antarabangsa seperti Pameran Orkid Antarabangsa dan Per tunjukan Bot Antarabangsa.

8 ) LAMAN BUDAYA

Terletak di Taman Tasik Shah Alam, pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti tarian tradisional serta persembahan tradisional diadakan bagi menarik minat orang ramai untuk lebih mengenali budaya atau seni di negara ini.

Ia atas usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor bersama pihak MBSA.

Kawasan laman budaya turut disewakan untuk pelbagai keraian seperti majlis perkahwinan, hari keluarga dan majlis pertunangan. Ia turut dipenuhi dengan gerai menjual ba rangan kraftangan pada hujung minggu.

Laman Budaya turut menjadi pilihan Malam Puisi Riong-Shah Alam yang diadakan pada 6 Mei sementara Palestine We Care For You menjadi pentas persembahan sehari Kumpulan Kebudayaan Palestin pada 29 Mei lalu.

9) WET WORLD dan AKUARIUM

Taman tema air yang pertama di Shah Alam ini terletak di pinggir Tasik Shah Alam dan sangat sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga.

Dibuka pada 1995 memenuhi keselamatan pengguna bawah umur dengan kedalaman air tidak melebihi satu meter yang dianggap sebagai mesra kanak-kanak.

Antara permainan air yang menjadi tarikan ialah Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island.

Kemudahan sedia ada meliputi medan makan, kedai cen derahati, tempat letak kenderaan dan kawasan persalinan pakaian. Harga tiket bagi dewasa antara RM7 hingga RM10 manakala tiket kanak-kanak RM5 hingga RM6 seorang.

10) TAMAN PERTANIAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang dibuka pada 1986 turut dikenali Bukit Cerakah. Kawasan seluas 1,295 hektar ini dianggap sebagai taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia malah berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.

Pelbagai tempat menarik yang berkonsepkan alam semula jadi ditawarkan seperti sawah padi, taman kaktus, taman orkid, taman rama-rama, taman rempah ratus dan tempat memancing. Sesuai untuk aktiviti santai untuk semua pe ringkat usia.

Bagi memudahkan pelancong, perkhidmatan berbasikal disediakan dengan bayaran RM3 seorang sementara aktiviti memancing dikenakan bayaran RM2 untuk satu joran.

Menariknya, ia turut mempunyai Taman Iklim Sederhana Empat Musim yang menawarkan empat jenis iklim mengikut Hemisfera Utara iaitu musim panas, sejuk, luruh dan bu nga.

>>INFO:
> Dibuka pada 1963 selepas Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Malaysia
> Dikenali sebagai bandar raya terancang yang pertama di Malaysia
> Diisytiharkan sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000
> Lebih daripada 15 pusat dan kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya Dataran Bunga Raya, Dewan Warisan, pusat beli-belah seperti Plaza Alam Sentral, Kompleks PKNS dan Bazarena, Kompleks Taman Seni Islam, Bandar Roti High 5 yang terletak di Seksyen 21, pusat pendidikan seperti UiTM dan Unisel serta hotel penginapan di Concorde dan Grand Bluewave.