RASMI...Syed Badarudin (duduk kiri) melawat murid istimewa yang menggunakan peralatan di bilik terapi sensori sambil diiringi Pengurus Besar Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat F&N Beverages, Simon Sim (duduk kanan); Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta & Khas JPWP, Rusni Abdul Jalil (berdiri dari kiri); Presiden PIBG, Arep Padilah dan Maznon pada majlis perasmian di SK Taman Tun Dr Ismail 2, Kuala Lumpur.

F&N taja bilik terapi sensori

SKTTDI 2 dapat sumbangan peralatan bernilai RM60,000 untuk Program Pendidikan Khas Integrasi

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

RASMI...Syed Badarudin (duduk kiri) melawat murid istimewa yang menggunakan peralatan di bilik terapi sensori sambil diiringi Pengurus Besar Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat F&N Beverages, Simon Sim (duduk kanan); Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta & Khas JPWP, Rusni Abdul Jalil (berdiri dari kiri); Presiden PIBG, Arep Padilah dan Maznon pada majlis perasmian di SK Taman Tun Dr Ismail 2, Kuala Lumpur.

STATUS sebagai sekolah integrasi tidak menghalang Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 (SKTTDI 2) untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada pelajar istimewa.

Ia menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dimulakan pada 1994.

Di samping pelajar arus perdana, ada pelajar istimewa ditempatkan di sekolah terbabit yang terdiri daripada ka nak-kanak mempunyai masalah pembelajaran antaranya dis leksia, sindrom down, hiperaktif, hipoaktif dan tumpuan perhatian singkat (ADD/ADHD).

Pelaksanaan program berkenaan semakin berkembang apa bila mendapat perhatian F&N Beverages Marketing Sdn Bhd yang menyumbangkan peralatan bernilai RM60,000.

Pengurus Hal Ehwal Korporat Nasionalnya, Datuk Kamal Harun, berkata F&N Beverages menaja bilik terapi sensori sebagai langkah membantu kanak-kanak istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya sensori.

“Ini kerana mereka berhak mendapat pendidikan yang sempurna walaupun dikategorikan sebagai golongan kelainan upaya (OKU) atau menghadapi masalah pembelajaran.

“Di negara ini, kebanyakan kanak-kanak istimewa lewat didiagnosis menjadikan mereka dilabel sebagai lembam dan nakal kerana tingkah lakunya yang mengganggu kelas serta tidak fokus ketika sesi pembelajaran.

“Diharap inisiatif sebegini memberi kesedaran kepada umum berkenaan masalah dan keperluan yang membabitkan pelajar istimewa selain meringankan beban ibu bapa,” ka tanya.

Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana pelajar pendidikan khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya tumpuan dan penggunaan deria.

Sebelum menerima dana peralatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu menyediakan prasarana bersesuaian seperti mengecat bilik, lantai jubin dan penghawa dingin berjumlah RM28,000.

Pengetua SKTTDI 2, Maznon Mohd Sidin berkata Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk membantu pelajar istimewa dari segi kecergasan mental dan fizikal seperti fokus dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan me nenangkan fikiran menerusi pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih.

“Pihak sekolah membuat kajian terlebih dulu di Sekolah Kebangsaan SS19 (SKSS19) bagi melihat kemajuan pelajar istimewa hasil sumbangan peralatan malah pihak F&N Beverages menyediakan demonstrasi yang efektif.

“Seramai 68 daripada 103 pelajar pendidikan khas berhak menggunakan bilik terapi ini yang dilatih 22 guru PPKI dan dibantu lapan pembantu pengurusan murid yang dilantik.

“Bagi pemerhatian dan latihan yang lebih efektif hanya lima hingga enam murid boleh memasuki bilik berkenaan pada satu-satu masa dengan dilatih seorang guru dan seorang pembantu,” katanya.

Selain memberi latihan kepada guru PPKI untuk menguasai peralatan disediakan, F&N Beverages turut melakukan pe meriksaan setiap enam bulan selama dua tahun bagi me ngukur kemajuan murid berdasarkan keperluan dan pen capaian individu sebagai sokongan tambahan supaya operasi pusat ini berjalan lancar.

Bilik Terapi Sensori itu dilengkapi peralatan seperti buaian platform, flexidisc, panel sasaran, resistance tunnel, trampolin dan tangga tali dinding.

Setiap peralatan mempunyai tujuan tersendiri dalam me ningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan.

Ia turut merangsang penggunaan deria khususnya peng lihatan, bunyi dan rasa yang membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat.

Bilik Terapi Sensori adalah hasil sumbangan F&N Beverages yang kedua di Malaysia dan pertama di Wilayah Persekutuan. Bantuan pertama diterima SKSS19, Subang Jaya, Selangor.

Majlis perasmian di sempurnakan Pengerusi Fraser & Neave Holdings Bhd, YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.