KENANGAN... ahli jawatankuasa alumni bersama bekas  guru yang mengajar pada 1980-1984.

Alumni SMKASR imbau nostalgia

KENANGAN... ahli jawatankuasa alumni bersama bekas guru yang mengajar pada 1980-1984.

BERTEMAKAN Malam Kilauan Perak, alumni SMK Agama Sharifah Rodziah (SMKASR), Telok Mas, Melaka disambut penuh kemeriahan dalam keramaian bagi meraikan per temuan bekas guru dan pelajar, baru-baru ini.

Seramai tujuh guru yang dijemput hadir bersama keluarga masing-masing selain dimeriahkan dengan 40 bekas pelajar sesi 1980-1984.

Ahli Jawatankuasa Alumni SMKASR 1980-1984, Norzila Ali, berkata perjumpaan itu bukan saja merapatkan hubungan antara satu sama lain malah menjadi platform pertemuan semula rakan sekelas.

“Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kami berpisah mengikut haluan masing-masing. Hubungan terputus men jadikan kami tidak mengetahui perkembangan antara satu sama lain.

“Perjumpaan ini memberi peluang kami berjumpa, bertanya khabar dan menjalin semula perhubungan. Pada masa sama, menghargai jasa guru yang mencurahkan ilmu hingga kami berjaya menjadi manusia berguna,” katanya.

Malam Kilauan Perak digamatkan lagi dengan tayangan slaid bergambar yang memaparkan pelbagai aksi bekas pelajar ketika bersekolah manakala nyanyian bersama lagu sekolah mengundang nostalgia.

Bekas guru, Mansor Yusop, 65, berkata sambutan alumni itu memberi makna besar kepada bekas guru yang jasa mereka tidak pernah dilupakan selama ini.

“Walaupun tidak ramai bekas guru hadir namun saya berharap alumni akan datang dapat mengumpulkan se muanya. Ini kesempatan terbaik untuk bersua muka selain melihat kejayaan pelajar yang dididik selama ini.

“Saya bangga mereka sudah berjaya dan puas dapat men jalankan tanggungjawab dengan baik hingga mereka berjaya,” katanya yang dulunya mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Geografi.

Kejayaan bekas pelajar yang kini berjawatan besar antaranya sebagai Pegawai Penyelidik Agensi Remote Sensing Malaysia di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi; Penolong Pe ngarah di Kementerian Pelajaran Malaysia; Penolong Timbalan Presiden Perkhidmatan ICT di SME Bank; kontraktor; guru dan pensyarah pastinya menjadi kebanggaan guru dan bekas guru SMKASR.