Majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang

8 bulan selepas diijab kabul

Majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang

Sudah lama rasanya saya tak menulis tentang diri sendiri. Sekarang ni pun saya seperti tercari-cari ayat yang sesuai untuk memulakan berbicara supaya tak nampak formal, skema dan sewaktu dengannya. Tapi kalau dah formal tu nak wat cemana lak kan…

Rasanya tajuk kat atas tue sesuai kot.. ekpresi diri selepas bergelar isteri dan kini bakal menjadi ibu. Tak sangka sebenarnya, saya akan berkahwin dan dah berkahwin pun! Hehehehe..

Sebelum kenal suami, my mom memang paksa kahwin cepat…risau ‘tak laku’ katanya. Lagipun sebagai anak perempuan tunggal dari 7 beradik, bongsu lak tu lagi la kena paksa kahwin. Tapi prinsip saya senang. Selagi saya belum balas jasa emak, pengorbanannya, kasih sayangnya… selagi itulah saya perlu bekerja tanpa memikirkan perkara lain.

Tapi perkara utama pertama, kena la dapat kerja yang benar-benar stabil dan selesa.  Alhamdulillah… saya bersyukur kerana emak merestui kerja saya sebagai wartawan surat khabar. Walaupun emak buta huruf  namun dia sentiasa mengikuti pelbagai maklumat dalam dan luar negara. Agaknya dia faham la bagaimana kerja reporter ni.

Bila emak tanya ‘bila nak kahwin’… saya kata tunggu Datuk pinang. Lepas tue sure dia malas nak tanye lagi sebab dia tahu saya ada ramai kawan lelaki tapi  tak de yang serius. Kalau serius pun tak lama… paling kejap hubungan tu bertahan ade le dalam seminggu dan paling lama pun 1 tahun (tak termasuk dengan my ex-bf selama 10 tahun).

Sebenarnya susah nak cari lelaki yang boleh get along dengan saya apatah lagi kita akan hidup selamanya dengan lelaki tersebut. SUSAH! Jumpa yang kita suka, emak pula tak berkenan sebab status duda. Jumpa yang kita suka, tapi dia pula mata duitan, tau nak kikis duit pompuan je. Asal muka hensem sikit je trus rasa diri tu playboy n boya darat. Susah naa…

Bab perkenalan dengan suami pula… tak lama. Berkawan 6 bulan, bercinta setahun kemudian terus mendirikan rumah tangga. Zaman bercinta la paling banyak memendam rasa. Maklumlah, suami seorang yang aktif sukan manakala saya tidak dan dia turut bertanggung jawab sebagai trainer wall climbing. Jadi persekitaran dia tu boleh dikatakan unsecure untuk saya sebab perangai dia nie… suka sorokkan saya daripada kawan-kawan dia sampaikan orang tak tau yang dia ada GF. Ada kalanya orang kata saya ni cuma buat cerita semata. Damn! Kita balik yang kena.

One day, emak dia (mami) tanya dia serius tentang diri saya. Dari A sampai Z dia huraikan tentang diri saya. Pada saya pula, mami kias-kias ‘bila nak kahwin’. Dari situ mula terdetik… ‘serius ke dia ni dengan aku’.

Bila nak dekat hari perkahwinan, perkara yang tak boleh lupa… saya call my mom and bro. Terus-terang yang sebenarnya saya tak bersedia nak berumah tangga. Saya takut tak boleh pikul tanggung jawab sebagai isteri dan takut dia pun sama. Sampaikan saya minta putus pada dia dan hentikan segala persiapan kahwin. Ya Allah… time tue memang saat genting untuk buat keputusan. Saya tak nak perkahwinan yang dibina bagi memenuhi permintaan keluarga, roboh akhirnya.

Tapi sekarang… nyata sangat berbeza dengan apa yang merisaukan saya sebelum kami bergelar suami isteri. Sikap dia, perasaan dia… amat berlainan selepas berkahwin. Nyatalah Tuhan mendengar rintihan saya setiap hari dan dia memberi saya seorang lelaki yang setelah bergelar suami mampu mengubah sikap dan pendiriannya selama ini.

Alhamdulillah… suami juga amat memahami tugas saya sebagai wartawan. Dalam perkahwinan pun prinsip saling memahami tu memang kena wujud agar suami isteri tak cemburu buta hingga menyebabkan pergaduhan yang bole berlanjutan ke penceraian. Nauzubillahhiminzalik!

Lagi 3 bulan saya bakal menimang cahaya mata sulung. Selalunya, sang suami la yang excited lebih… lambat  makan, lambat tidur, tak makan vitamin… sure kena marah. Pernah sekali saya paksa dia pergi Perak semata-mata cari kedai yang sama jual jambu batu yang dia pernah belikan untuk saya dulu. Bila tak dapat, dia belikan jambu yang ada kat Giant, terus nafsu ngidam nak makan buah jambu hilang. Kadang-kala jam 4 pagi, saya minta dia carikan mee kari dan air kelapa. Kesian dia.. padahal siangnya tue saya dah belasah makanan yang sama. Itu cerita semasa baby dalam perut usia 1 ke 3 bulan dulu.

Sekarang tak la mengidam pun. Alhamdulillah… tekak ni tak mengada-ngada sebab saya tak suka susahkan suami. Bila kandungan dah 6 bulan ni, seronok sangat sebab baby mula pusing-pusing dalam perut, nanti bila dah 8 ke 9 bulan pula, baby start main bola lak. Aduhai… seronoknya mengandung Tuhan saja yang tau.

Dah jam 1 tengah hari ni… baby pun dah ngamuk lapar. Kena permisi dulu lah ye.

‘Anak ibu jangan nakal-nakal ye… bila dah besar jadilah orang bijaksana seperti dalam surah Luqman dan wanita yang soleh seperti para isteri Rasulallah SAW ‘.

One thought on “8 bulan selepas diijab kabul

Comments are closed.