Tayar jimat minyak

Michelin Energy XM2 tahan 20 peratus lebih lama berbanding tayar biasa

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

RASMI...Pouliquen ketika perasmian tayar Michelin Energy XM2 di Hotel One World.

PENGELUAR tayar terkemuka berjenama, Michelin Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan Michelin Energy XM2 terbaru yang tahan 20 peratus lebih lama berbanding tayar biasa dan mampu menjimatkan penggunaan minyak.

Tayar Energy XM2 ini menggantikan tayar Energy XM1 yang diperkenalkan pada 2004 disasar akan terus mening katkan pasaran dua angka Michelin di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Yves Pouliquen berkata, XM2 memenuhi ciri yang diperlukan untuk bersaing dalam segmen kereta kompak dan sedan yang merangkumi 80 peratus daripada keseluruhan kereta yang dijual di pasaran tem patan.

“Produk ini mampu mencatat perkongsian pasaran kepada dua angka di samping mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai jenama terunggul di Malaysia.

“Apatah lagi pemilik kenderaan dalam segmen pasaran semasa mahukan penjimatan besar bagi mengatasi pening katan sara hidup,” katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Michelin Malaysia menampilkan kehadirannya dalam se mua segmen tayar utama manakala tayar Michelin menyerlah dalam tayar berprestasi dan tayar sukan berprestasi tinggi.

Sebanyak RM2.2 bilion setahun dilaburkan dalam pe nyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi unik yang digunakan dalam Energy XM2.

Energy XM2 menawarkan keseimbangan prestasi hebat menerusi sebatian hibrid yang digunakan dalam Energy XM1 kepada silika sepenuhnya yang menghasilkan lapan peratus pengurangan ketahanan golekan dan 1.1 peratus penjimatan minyak tambahan.

Teknologi ‘alternating bridging’ pula mengurangkan kadar kehausan tayar di samping mengukuhkan ketegaran blok tread yang menyebabkan blok tread kurang bebas bergerak.

Di pasaran tempatan, Energy XM2 menawarkan 22 jenis tayar untuk saiz rim 14 inci hingga 16 inci untuk kelebaran bermula dari 175 hingga 215.

Harga yang ditawarkan pula daripada RM217 untuk 14 inci hingga RM488 untuk 16 inci yang bersesuaian dengan permintaan tempatan. – Harian Metro