BMW ConnectedDrive 2

BMW hubung pemandu, kenderaan, dunia luar

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

TEKNOLOGI TERKINI...konsol BMW Control Display memudahkan pemandu mengakses maklumat sepanjang perjalanan.

PENGELUAR kereta premium, BMW Group Malaysia memperkenalkan inovasi teknologi dalam kereta BMW Con nectedDrive dengan menghubungkan pemandu, kenderaan dan dunia luar menerusi peningkatan teknologi.

Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe, berkata pengalaman selama 30 tahun menerajui bidang perhubungan kenderaan menghasilkan BMW Con nectedDrive yang dianggap sistem inovatif dan menyeluruh.

“Ia memberi kemudahan kepada pemandu berhubung dan capaian jaringan, bukan saja dengan kenderaan malah me liputi dunia luar dengan cara yang efektif.

“BMW ConnectedDrive turut memainkan peranan utama dalam industri automotif dengan memastikan kejayaan ber terusan.

“Jumlah jualan kenderaan BMW dan MINI meningkat 487 unit bagi Mei 2011 berbanding 361 unit pada Mei 2010.

“Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, jumlah jualan kenderaan BMW dan MINI meningkat kepada 2,233 unit atau 26.1% berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

Teknologi BMW ConnectedDrive dikatakan gabungan da ripada cogan kata BMW “Sheer Driving Pleasure” yang memberi peningkatan teknologi terkini untuk menghasilkan keseronokan pemanduan maksimum.

Ia dilakukan menerusi tiga aspek utama iaitu Kemudahan (Convenience), Informasi dan Hiburan (Infotainment) dan Keselamatan (Safety).

Aspek Kemudahan meliputi beberapa sistem seperti BMW Teleservices, Driver Profile, BMW Telematic Platform Accessory (TPA), Comfort Access, Surround View dan Rear View Camera.

BMW Teleservices memaklumkan kepada pemandu secara automatik jika kenderaan memerlukan penyenggaraan.

Driver Profile membolehkan pemilik kenderaan mengubah mana-mana kenderaan BMW mengikut peribadi kende raannya.

Ia mempunyai 160 pilihan kawalan – dari kedudukan cermin hingga profil bunyi membuatkan pemilik BMW berasa selesa umpama berada dalam kenderaan sendiri.

BMW Telematics Platform Accessory (TPA) adalah sistem keselamatan menerusi teknologi terkini GPS/GSM berupaya mencari kenderaan yang dicuri.

BMW Comfort Access menerusi kunci unik BMW, mem bolehkan pemandu memasuki kenderaan dengan hanya menyentuh pemegang pintu seterusnya menekan butang “start” untuk menghidupkan enjin.

Aspek Informasi dan Hiburan merangkumi sistem seperti Bluetooth Office, Bluetooth Audio Streaming, BMW On board Internet, Webradio, News dan Financial Report.

Aspek Keselamatan menawarkan teknologi terkini seperti BMW Head-Up Display, BMW Night Vision, BMW High Beam Assist dan BMW Lane Departure Warning yang memberi bantuan, maklumat dan sokongan kepada pemandu berhati-hati di jalan raya. – Harian Metro