Swan Lake on Ice 2

Swan Lake di Marina Bay Sands

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MENARIK...persembahan beramai-ramai penari ballet dalam teater Swan Lake on Ice.

IMPERIAL Ice Stars, pengelola teater luncuran ais terkenal kini kembali ke Singapura dengan lebih dinamik bersama karya barunya yang memenangi anugerah, Swan Lake on Ice.

Ia antara cerita dongeng yang dibawakan ke Teater Marina Bay Sands. Persembahan teater ini bakal disempurnakan beberapa peluncur Russia di atas 14 tan ais bermula pada 29 Ogos hingga 4 September 2011.

Pertunjukan itu antara promosi pelancongan yang menjangkau 22 negara bermula di United Kingdom tahun lalu.

Swan Lake on Ice menampilkan beberapa perubahan menarik terutama gerakan koreografi dan beberapa tarian ais yang menawan diilhamkan Pengarah Artistik, Tony Mercer.

“Swan Lake on Ice dicipta empat tahun lalu dengan gaya klasik bersama unsur tarian ais kontemporari.

“Ia digabungkan dengan gerakan luncuran lebih kon temporari dan membawa peluncur ini ke tahap mencabar,” katanya.

Lebih tiga juta penonton daripada lima benua sudah menyaksikan Imperial Ice Stars.

Teater Marina Bay Sands bakal mempesonakan penonton dengan teknologi seni terkini yang membolehkan pelbagai konfigurasi pentas dan set diubah untuk apa jua bentuk persembahan.

Imperial Ice Stars antara konsert atas ais yang ditunggu-tunggu.

Tiket berharga $70 (RM140) hingga $175 (RM350) untuk Selasa hingga Ahad pada jam 7.30 malam manakala bagi Sabtu hingga Ahad tiket berharga antara $70 (RM140) hingga $460 (RM920) untuk tontonan jam 1.30 tengah hari.

Maklumat lanjut, layari laman web, http://www.marinabaysands.com. – Harian Metro