ramadhan

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Assalammualaikum…

1st of all, kepada muslimin dan muslimat cikwiduri ucapkan selamat berpuasa penuh di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan ada yang fonteng yer..

Bagi ibu-ibu mengandung apatah lagi yang nak dekat dengan tarikh beranak macam cikwiduri nie, dibolehkan berbuka kerana khuatir akan memberi masalah kepada ibu dan bayi dalam perut.

Cikwiduri due pada 22hb September 2011 nie. Doakan semoga cikwiduri dan baby selamat dan sihat yer. Amin.

Niat Puasa bulan Ramadhan
Lafaz niat puasa untuk sebulan.

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa untuk harian.

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.