TUNJUK ARAH...perjalanan menjadi lebih mudah dengan arah bantuan yang disediakan GPS.

Memandu tanpa tekanan

GPS TomTom bantu harungi perjalanan dengan selamat dan lancar pada Aidilfitri ini

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

TUNJUK ARAH...perjalanan menjadi lebih mudah dengan arah bantuan yang disediakan GPS.

AIDILFITRI minggu depan memberi peluang orang ramai menghabiskan cuti panjang bersama keluarga dan sanak saudara di kampung.

Lebuh raya dan jalan persekutuan pasti sibuk dengan deretan panjang. Dalam keghairahan pulang berhari raya, anda jangan leka dan alpa ketika memandu.

Justeru, pembekal penyelesaian navigasi terkemuka, TomTom menawarkan beberapa tip mudah untuk mengharungi perjalanan yang selamat dan lancar pada hari raya ini.

1. Berada di jalan raya dengan Global Positioning System (GPS)

Sewaktu perayaan, pemandu akan terlepas pandang jalan yang ingin diambil apatah lagi ketika dalam keadaan ter gesa-gesa untuk mengelak kesesakan.

GPS TomTom akan mengira semula laluan pemandu secara automatik dan memudahkan pemandu menggunakan laluan dengan tekanan yang minimum.

2. Tidak perlukan peta kertas

Memandu sambil membaca dan memegang peta kertas perlu dielakkan kerana mengganggu fokus pemanduan.

GPS TomTom memudahkan pemandu dengan memaparkan skrin peta sambil memberi arahan jelas arah perjalanan.

3. Keselamatan di kala malam

GPS TomTom memberi kesedaran pemanduan lebih baik pada waktu malam dan dalam jarak penglihatan rendah. Pada waktu malam atau ketika cuaca buruk, GPS TomTom memberitahu dan paparkan maklumat kepada pemandu jika ada halangan, pusingan atau jalan yang tidak dikenal pasti sebelum pemandu dapat melihatnya dengan telus.

4. Ketahui lorong pemanduan

Salah satu cabaran memandu di jalan yang tidak dikenali dan laluan berbilang yang sibuk ialah mengetahui lorong sebagai laluan alternatif untuk keluar.

GPS akan memberitahu dan menunjukkan dengan jelas lorong yang betul terlebih dulu. TomTom Advance Lane Guidance menyediakan maklumat perubahan lorong dengan jelas dan lorong yang perlu diambil dengan pandangan foto yang realistik. Amat sesuai ketika memandu di kawasan bandar.

5. Berciri keselamatan

GPS TomTom hadir dengan rekaan ciri-ciri keselamatan, antaranya panggilan bebas tangan dan butang khas bantuan yang menunjukkan bangunan yang berdekatan seperti mas jid, surau, stesen minyak, balai polis dan hospital. Ia amat membantu jika pemandu di destinasi tidak dikenali.

6. Penggunaan arahan suara

Bergantung kepada keselesaan pemandu dengan bergan tung kepada arahan suara dan memerhati paparan peta berkala GPS bagi mengesahkan perjalanan.

7. Meletak GPS jauh daripada garis penglihatan penting

Pastikan tempat letak GPS di kedudukan yang rendah, berhampiran papan pemuka dan keluar daripada garis peng lihatan utama bagi mengelak pemandu cuba mengubah kedudukan GPS sewaktu sedang memandu.

8. Penunjuk had kelajuan

Adakalanya pemandu tidak sedar kepantasan keretanya melebihi had yang dibenarkan di jalan raya. GPS TomTom mengeluarkan amaran suara dan data apabila pemandu melebihi had kelajuan.

Pemandu akan memperlahankan kenderaan sekali gus mengelak daripada di saman serta mewujudkan pemanduan yang lebih selamat ketika pulang ke kampung.

9. Dilarang program GPS sewaktu bergerak

Pemandu usah menetapkan destinasi dituju selepas me mulakan perjalanan. Jika ingin membatal atau menukar destinasi GPS, berhenti di hentian rehat dan program semula bagi mengelak kemalangan.

10. Sentiasa menggunakan panggilan bebas tangan

GPS TomTom Go 750 didatangkan dengan panggilan bebas tangan Bluetooth. Pemandu hanya perlu sambungkan telefon bimbit ke Bluetooth TomTom sebaik saja memasuki ken deraan bagi memudahkan pemandu menjawab panggilan ketika mod pemanduan.