swift glx thumb

Swift baru gaya sporty

Model 1.5L GLX lebih bergaya dan dinamik dengan enam ciri premium pada kelasnya

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

LANCAR...Ibrahim (dua dari kiri) diiringi timbalannya Takashi Ishikawa (dari kiri), Shinya Yokokawa dan Kenjiro Matsumoto pada majlis pengumuman prestasi jualan separuh tahun pertama syarikat itu.

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) memperkenalkan Suzuki Swift 1.5L GLX baru dengan ciri lebih menarik, dinamik dan mantap.

Diperkenalkan sejak 2005, model Suzuki Swift mendapat sambutan menggalakkan, terutama bagi pasaran kereta kompak tempatan.

Pengarah Urusannya, Ibrahim Maidin, berkata syarikat itu yakin menambah jualan dengan pengenalan model Swift diperbaharui dan dipertingkatkan serta pembukaan lima pusat jualan utama.

“Penguasaan pasaran Suzuki meningkat daripada 1.1 peratus pada 2010 kepada 1.4 peratus untuk tempoh enam bulan tahun ini, meningkatkan jualan sebanyak 27 peratus atau 4,086 unit,” katanya.

Pusat utama syarikat itu beroperasi di Petaling Jaya, Selangor manakala lima pusat jualan utama baru di Seri Kembangan, Subang, Ipoh, Pulau Pinang dan Labuan.

SMA turut menekankan versi terbaru model Swift 1.5L GLX yang menampilkan enam ciri tambahan.

MENARIK...lima warna unggul ditawarkan kepada pencinta model Swift ini.

Model popular dari Jepun ini datang dengan wajah tersendiri, bergaya dan dinamik dengan ciri-ciri premium pada kelasnya serta tampil lebih agresif dan sporty.

Antara ciri-ciri unik reka bentuk belakang ialah gril lebih rendah, skirting sisi yang sporty, spoiler bergaya, kombinasi lampu dan bampar belakang.

Di bahagian hadapan, diserlahkan bampar depan yang lebih menawan dan sporty, lampu kabus berwarna perak dengan garis luaran krom dan pelindung enjin yang sebelum ini tidak ditawarkan.

Swift yang pernah memenangi anugerah, mencapai jualan luar biasa di seluruh dunia kerana persona pemanduan yang seronok, unik dan bentuk sporty yang diilhamkan dari Eropah, prestasi dinamik serta peralatan dan standard yang berkualiti tinggi.

Model Suzuki Swift 1.5L GLX berharga RM75,788 seunit manakala Suzuki Swift 1.5L GXS berharga RM81,888 termasuk insurans.

Untuk maklumat lebih lanjut hubungi tol nombor percuma 1-300-88-6699 atau layari laman web http://www.suzuki.net.my. – HM

LEBIH UNIK...gril lebih rendah dan skirting sisi diperbaharui di bahagian belakang.