MMS

MMS gambar menarik, menangi RM300

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MALAYSIA memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang indah dan istimewa malah menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini.

Bagi menggalakkan orang ramai menghargai keindahan dan membantu menjadikan negara ini bersih dan hijau, Ke menterian Pelancongan mengadakan peraduan 1Malaysia Bersih & Indah yang berlangsung sehingga 15 September 2011.

Peluang terbuka kepada orang ramai yang berminat mengambil gambar ketika melancong atau bercuti memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300 setiap minggu.

Bertemakan 1Malaysia Bersih & Indah, orang ramai hanya perlu menghantar gambar menerusi MMS yang memaparkan kehijauan, keindahan, ketenangan dan kebersihan pelbagai lokasi dalam negara.

Gambar yang dihantar perlu disertakan dengan keterangan gambar dengan tidak melebihi 15 patah perkataan yang menyatakan elemen Malaysia Bersih & Indah. Maklumat penghantar iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi juga perlu disertakan.

Orang ramai dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya seorang pemenang yang dipilih bagi memenangi satu hadiah wang tunai.

MMS pemenang akan disiarkan pada setiap Khamis sehingga 22 September selama sembilan minggu berturut-turut. Hanya seorang pemenang dipilih bagi setiap minggu.

Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak dilayan. Hadiah juga tidak boleh ditukar milik kepada orang lain.

Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan kiriman wang dihantar menerusi cek berdaftar.

Kakitangan dan ahli keluarga kumpulan akhbar The New Straits Times Press (NSTP), Kementerian Pelancongan, penganjur dan agensi pengiklanan tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.

Tarikh tutup pertandingan ini pada 15 September 2011.

Cara menghantar penyertaan seperti yang ditunjukkan di bawah atau rujuk akhbar Harian Metro setiap hari Khamis di muka surat Wajah-Wajah.

Cara menghantar penyertaan:
Taip HM (keterangan gambar MMS) dan hantar MMS ke 32728.

Contoh: HM TANDAS YANG BERSIH DAN MENGHIJAU PASTI MENGGAMIT RAMAI PELANCONG (hantar ke 32728 bersama gambar MMS terbabit).