triton RA small

Triton Edisi RA ilham perlumbaan

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

GARANG...pelekat unik merah perlihat kegarangan trak pikap ini.

PENGIMPORT dan pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia, melancarkan Mitsubishi Triton Edisi RA, baru-baru ini.

Dibina dengan wujudnya unsur perlumbaan, Triton Edisi RA eksklusif ini terhad kepada 500 unit saja.

Triton Edisi RA ini dibina berdasarkan Triton 2.5 automatik (AT) dan kuasanya dipertingkatkan menerusi 2.5 liter tu rbocharged enjin diesel Commonrail yang menghasilkan 136 kuasa PS dan 314 tork Nm.

Edisi RA mengambil unsur yang diilhamkan daripada  perlumbaan dan membuat tambahan daripada Ralliart, je nama bagi semua produk permotoran Mitsubishi yang ber kaitan.

Triton ini disesuaikan dengan pakej aksesori eksklusif termasuk perlindungan tonneau, bampar baru, elemen pelekat yang unik, visor tingkap, dalaman yang mengambil inspirasi perlumbaan dengan logo sentuhan Ralliart di atas tempat duduk, plataluminium, permaidani Triton RA, lambang Ralliart serta plat nombor bersiri Triton RA yang menunjukkan edisi terhad hanya 500 unit tersedia.

Di bahagian depan pemandu, ia menempatkan sistem hiburan skrin sesentuh LCD audio dengan panduan GPS sedia terbina.

Skrin LCD berwarna turut berperanan sebagai pemapar kamera pandang belakang yang membantu pemandu sewaktu  meletakkan kereta.

Penumpang juga menikmati keselesaan yang terbaik dalam ruang kabin Triton dengan adanya tempat duduk kulit.

Triton 2.5 menggunakan peralatan komprehensif standard iaitu Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD).

Ciri-ciri keselamatan pasif pula seperti Inti-Intrusion pedal brek, stereng lipat, beg udara SRS dan struktur badan  Mitsubishi Motors yang diperkukuhkan.

Mitsubishi Triton turut menawarkan Hibrid LSD (Limited  Slip Differential) dan ‘turning radius’ yang terbaik dalam kelas 5.9 di mana ia adalah turning radius terkecil yang dibuat bersesuaian untuk trak pikap.

Dijual pada harga RM103,980 atas jalan termasuk insurans untuk semenanjung Malaysia manakala di Sabah berharga  RM104,949 dan di Sarawak RM104,859.

Trak pikap yang diimport sepenuhnya ini hadir dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Pemilik bakal menikmati jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer serta dua tahun pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi.