mydance sm

Festival MyDance serlah kepelbagaian budaya

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

LUAR NEGARA...tarian berjudul I Lakolako Takosova Na Vanua (The Journey Across the Land) dibawakan penari VOU dari Fiji.

MALAYSIA menjadi tuan rumah Festival MyDance 2011, acara tarian paling berprestij negara selama tiga minggu bermula 9 hingga 25 September lalu.

Bertemakan ‘Semua Dalam Satu’, Festival MyDance 2011 bukti kepelbagaian budaya di negara ini menerusi tarian selain memberi peluang penari tempatan mempamerkan seni tari kepada penonton.

Ketua Pengurusan MyDanceAlliance, Choy Su Ling, berkata Festival MyDance adalah platform untuk membantu MyDan ce Alliance seiring dengan barisan kumpulan tarian lain di negara ini.

“Festival MyDance sudah menjadi jenama dengan warisan dan rekod pertumbuhan yang terbukti. Ia wajar diteruskan bagi memupuk semangat festival yang sudah sekian lama wujud.

“Walaupun sebahagian jawatankuasa penganjur terdiri daripada sukarelawan, ini kali pertama festival itu diuruskan secara profesional,” katanya.

Pelancaran festival dirasmikan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Norliza Rofli.

Festival tahun ini kembali dengan 11 persembahan daripada beberapa pertubuhan tarian, penari baru dan bebas dari Malaysia, Australia, Taiwan, Singapura dan Fiji.

Turut diadakan, 17 bengkel meliputi pelbagai tarian, ter masuk kontemporari, latin, tradisional, tarian filem dan fotografi tarian.

Acara kemuncak festival menyaksikan Persidangan Tarian Antarabangsa Asia Pasifik (APIDC), persidangan akademik anjuran Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.

Festival ke-4 diadakan MyDance Alliance dengan kerjasama Majalah Asia Dance, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan disokong Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Ia diadakan di pelbagai tempat termasuk Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Actor Studio (Lot 10) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

Festival MyDance 2011 menggabungkan pelbagai genre tarian dari kontemporari, seni wushu, joget, latin dan ‘ballroom’ serta tarian tradisional.

Maklumat lanjut layari http://www.mydancefestival.net atau hubungi talian 011-6297 596.