Umur Aqilah 12 hari ketika sambut anniversary perkahwinan penulis pada 02-10-2011.

Khairun Nur ‘Aqilah

Beberapa jam selepas Aqilah dilahirkan... halus je kan.

9 bulan penulis membawa dia dalam perut ke sana ke mari (kadang kala berlari-lari..) akhirnya penulis mendengar tangisan pertamanya pada 21/09/2011, Rabu bersamaan 22 Syawal 1432H.

Pengalaman pertama di bilik bersalin memang memeritkan. Jam 4 pagi penulis mula merasa sakit perut yang berulang-ulang sehingga tumpah darah. Sempat call emak di kg untuk khabarkan apa yang terjadi dan terus bersiap ke hospital Ampang.

Jam 6 pagi penulis terus masuk ke bilik bersalin namun ketika itu ukuran bukaan baru 3 cm, masih jauh nak tunggu bukaan sehingga 10 cm. Kemudian penulis dipindahkan ke wad biasa tapi sakit perut ni dah tak boleh ditahan-tahan lagi. Sempat pula bertekak dengan nurse tu sebab dia ingatkan penulis sakit awal sebab minum air selusuh. Nak minum apanya.. tak sentuh langsung pun.. memang dah sakit tiba-tiba sejak jam 4 tu.

Jam 9.24 pagi baby comel ni selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah suami pun turut sama menyaksikan saat penting lahirnya Aqilah ke dunia ini dan terus di azankan.

Syukur ke hadrat Ilahi si kecil yang kami tunggu selama ini lahir dengan selamat dan sihat. Walaupun beratnya cuma 2.39kg dah cukup buat penulis mengalir air mata setelah mendengar tangisan pertama si kecil ini. Itulah dia Khairun Nur Aqilah (خير النور عقيلة).

Hari ni sudah masuk 19 hari umurnya dan alhamdulillah air susu ibunya berjaya menambah berat badan si kecil Aqilah. Sekarang dah nampak pipi dia berisi, rambut pun mula lebat, kulit yang mengelupas pun dah hilang.. lesung pipit di dua belah pipi, bulu mata yang panjang dan melentik dan hidung yang mancung. Alhamdulillah…

Umur Aqilah 12 hari ketika sambut anniversary perkahwinan penulis pada 02-10-2011.

Anakku Khairun Nur Aqilah,

Selama  9 bulan ibu dengarkan kau bacaan Yassin, surah Luqman serta surah Maryam agar anak ibu menjadi wanita yang solehah, bijaksana, berbudi bahasa dan paling penting menghormati kedua orang tuamu.

Sayang selamanya…