saga flx sm

Nilai setanding harga

Saga FLX SE kenderaan mampu milik juga mempunyai prestasi luar biasa

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

UNIK...pemasangan rim 15 inci dengan rekaan lapan ruji berjaya mempamerkan kelainan pada model ini.

KENDERAAN keluaran tempatan banyak memberi pe ngaruh besar kepada masyarakat di negara ini.

Tidak syak lagi pemilihannya disebabkan harga berpatutan, barang ganti yang mudah didapati dan penggunaan minyak secara optimum.

Lantaran itu, pengeluar kereta tempatan, Proton Holdings Berhad (Proton) mengambil peluang melancarkan Saga versi terbaru Saga FLX SE awal bulan ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengenalan Saga FLX SE membuka peluang kepada pelanggan untuk memilih kenderaan yang diminati di bawah rangkaian Saga.

Ini kerana setiap satu daripadanya mempunyai ciri, keupayaan dan kelebihan yang berbeza.

“Saga FLX SE dilahirkan sebagai kenderaan mampu milik yang mempunyai nilai setanding harganya, malah kemam puannya dipertingkat termasuk menjimatkan minyak, prestasi bagus dan ciri-ciri perjalanan serta pengendalian lebih unggul.

“Rekaan dan warnanya turut diperkemaskan bagi me menuhi minat generasi muda dan berupaya sebagai ken deraan yang dianggap mampu milik serta mudah dijaga tetapi mempunyai prestasi luar biasa,” katanya.

Beliau juga berharap keluaran terbaru ini mencapai sasaran dengan jualan sebanyak 500 unit sebulan.

 

Diperkukuhkan dengan enjin Campro IAFM 1.6 liter bersama transmisi automatik CVT mampu mengalirkan tork yang lebih baik, pecutan yang berkuasa hingga empat peratus dan pengurangan bahan api dengan tambahan empat peratus.

Proton turut menekankan versi terbaru model Saga FLX SE menampilkan lapan dan tiga perubahan dalaman dan luaran.

Model tempatan berkenaan didatangkan dengan wajah tersendiri, bergaya dan dinamik dengan ciri-ciri premium pada kelasnya serta tampil lebih agresif.

Antara ciri unik reka bentuk luaran adalah pemasangan rim aloi 15 inci, skirting sisi, lampu kabus dan lampu belakang yang lebih sporty.

Ruang dalaman kabin menerima sentuhan kulit secara keseluruhan daripada kerusi, stereng, panel pintu, brek hingga tuil gear.

Menariknya, ia juga ditampilkan hanya dengan transmisi automatik CVT berharga RM49,449 di Semenanjung Malaysia dan RM52,049 di Sabah dan Sarawak bagi pemilihan warna solid.

Sementara itu, RM49,899 di Semenanjung Malaysia dan RM52,499 di Sabah dan Sarawak untuk warna metalik.

Mempunyai dua pilihan warna iaitu putih dan merah selain model ini dilengkapi dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Jika pelanggan yang sudah menempah kereta Saga dan masih menunggu penyerahan kereta tetapi ingin menukar tempahan kepada Saga SE FLX bolehlah berbuat demikian di tempat tempahan asal dibuat.