OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Keranda maut

Alat penyeksaan dari Nuremburg antara artifak lama dipamerkan di Muzium Negeri Sembilan

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

Image
PENCABUT KUKU...kuku pesalah ditarik dengan alat ini yang dimasukkan ke kedua-dua ibu jari dan jari yang lain.

JIKA berkunjung ke Muzium Negeri Sembilan, anda pasti  teruja melihat pelbagai artifak lama yang dipamerkan, sekali  gus mengembalikan kenangan ke zaman silam.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung terutama pelancong  asing, muzium berkenaan mengadakan pameran Tortura iaitu  sejenis alat penderaan era silam dari Eropah, baru-baru ini.

Pameran unik ini membawa pengunjung kembali ke zaman  pertengahan antara tahun 1500 hingga 1800 ke era kekejaman  dan keganasan manusia di Eropah.

Orang ramai boleh melihat bagaimana hukuman dan cara  penderaan pada zaman pertengahan, suatu era yang amat  berbeza dengan tamadun masyarakat Eropah masa kini.

Image
BRANKS...digunakan untuk menghukum dan menganiaya mereka yang lemah terutama wanita.

Sistem pemerintahan ‘feudal’ pada zaman pertengahan  membuka ruang penindasan dan penyeksaan terhadap go longan bawahan, hamba, penjenayah dan penentang agama.

Penderaan ini bukan saja mengakibatkan kecederaan yang  teruk malah membawa maut.

‘The Iron Maiden of Nuremberg’ sebuah keranda besi dari  Nuremburg, Jerman berbentuk arca manusia dibarisi paku  panjang dan tajam yang terletak di belakang penutup ke randa.

Pintu keranda yang ditutup secara perlahan-lahan akan  menyebabkan kecederaan akibat tusukan paku ke tubuh  terutama di bahagian mata, dada, perut, pundi kencing,  punggung dan kemaluan.

Paku disusun sebegitu agar tidak mencucuk organ penting  yang boleh membawa kematian segera, sebaliknya mangsa  diseksa berhari-hari sebelum mati.

Besi tajam di bahagian pintu terbabit diubah kedudukannya  mengikut hukuman yang dikenakan terhadap pesalah.

Alatan lain yang dipamerkan termasuk The Guillotine  (Guillotine), The Ripping Trestle (Kekuda Pengoyak), Branks  (Topeng Muka) dan Head Crusher with Screw and Upper Cap  (Alat Penghancur Kepala dengan Skru dan Penutup Kepala).

Layari laman web, http://www.tortura.com.my untuk maklumat  lanjut.

Image
KERANDA...The Iron Maiden of Nuremberg dibina untuk seksaan berhari-hari sehingga mangsa menemui ajal.

2 thoughts on “Keranda maut

  1. dah lama x pegi N9 sejak anak sedara habis housemanship kat hospital seremban. apa citer cikwiduri sekarang…ari tu baru dpt anak kan..hehe

Comments are closed.