TERBAIK...Izwan dari UiTM dinobatkan CEO terbaik.

Cabaran usahawan muda

19 wakil IPTA bertanding dalam simulasi per niagaan di UUM

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

SERIUS...syarikat Braineo Solution sewaktu pembentangan kertas kerja (dari kiri) Siti Rubiah, Nurul Amalina, Munirah Afifah, Tan Kah Kok dan Lee.

SERAMAI 19 wakil institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyahut cabaran bagi membuktikan kebolehan mereka di  Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA 2012 peringkat kebangsaan, baru-baru ini.

Pertandingan di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapat sokongan Kementerian Pengajian Tinggi.
Platform pertandingan simulasi perniagaan disediakan MyPEC Sdn Bhd.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pertandingan selama tiga minggu itu dari 1  hingga 16 Februari lalu melahirkan modal insan yang ber pengetahuan dan inovasi dalam bidang keusahawanan.

“Bidang keusahawanan antara 23 Projek Agenda Kritikal (CAP) yang mendapat perhatian kerajaan untuk melahirkan graduan yang mempunyai nilai, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.

“Pengetahuan asas perniagaan dan penerapan budaya keusahawanan melahirkan graduan yang mempunyai pemi kiran dan nilai keusahawanan seperti inovasi, berdaya tahan, sanggup mengambil risiko serta kreatif,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof Dr Norshuhada  Shiratuddin.

Beliau berkata, nilai yang dipupuk mampu mematangkan diri graduan untuk membabitkan diri ke dunia usahawan.

Seramai 22 panel penilai dilantik bagi menilai prestasi dan kemajuan universiti antaranya Cradle Fund Sdn Bhd, Kumpulan Modal Perdana, Majlis Amanah Rakyat, SME Bank, CIMB Bank serta MyEG Services Sdn Bhd.

Braineo Solution Sdn Bhd dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengondol tempat pertama dan membawa pulang  wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Yoong Jan berkata, selain kerjasama pasukan yang utuh, sikap bertolak ansur dan sering mengadakan perbincangan meningkatkan mutu perniagaan.

TERBAIK...Izwan dari UiTM dinobatkan CEO terbaik.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mempertaruhkan De Goldo Furniture Sdn Bhd merangkul hadiah kedua  dengan meraih RM5,000 dan sijil penghargaan.

Syarikat ini membawa pulang RM1,000 apabila Mohd Izwan Mahadi dinobatkan CEO Terbaik.

Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah 2nd Eye Innovation Sdn Bhd dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka  (UTEM), Halal Pro Sdn Bhd dari UUM, Print2U Trading Sdn  Bhd dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Sabdariffa Sdn Bhd  dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Delihan Sdn Bhd dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung.