Tan terpilih ke Litar Nurburgring

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

PENGALAMAN Nurburgring Castrol EDGE bagi tahun kedua menarik minat lebih 5,000 peserta yang bertarung dalam perlumbaan maya.

Pertandingan yang bermula Januari lalu, memberi peluang kepada 20 finalis selepas melalui beberapa proses penying kiran bagi menentukan juara musim ini.

Selama dua bulan, peserta melalui cabaran berperingkat dan berlumba menggunakan BMW M3 di trek maya Nurburgring, Jerman dengan melengkapkan pusingan dan mencabar peserta lain di laman Facebook Castrol Malaysia.

Ujian terakhir bermula apabila finalis dibawa ke Serdang dan diuji dengan kemahiran pemanduan sebenar menerusi kenderaan BMW 325i.

Mereka perlu menempuhi tiga cabaran bagi menentukan juara Pengalaman Nurburgring Castrol EDGE iaitu mengelak halangan, cabaran dan kawalan di laluan licin serta autokhana.

Peserta juga berpeluang merasai pengalaman melalui sesi latihan yang diajar oleh pemandu profesional.

Pengarah Urusan Castrol Malaysia, Singapura dan Filipina, Mark Ng, berkata keupayaan Castrol sudah lama dikaitkan dengan sukan permotoran.

“Pengalaman Nurburgring Castrol EDGE untuk tahun kedua ini memberi saingan yang hebat kepada peserta.

“Penggunaan minyak pelincir Castrol EDGE dengan teknologi ‘Titanium Fluid Strength’ terbukti memberi
perlindungan yang lama kepada enjin dengan pemanduan yang lebih lancar dan teratur sekali gus membawa kepada kejayaan pemandu,” katanya.

Hanya sekadar ingin mencuba, membolehkan Tan Seng Yaw dinobatkan juara keseluruhan dengan memenangi pakej memandu selama empat hari di sirkit Nurburgring, Jerman.

Tempat kedua hingga kelima, memenangi hadiah berupa simulator perlumbaan profesional Castrol EDGE, jam tangan Tag Heuer Formula Satu Kimi Raikkonen, iPhone 4S 16 gigabit dan Xbox Kinect.