Karya seni di stesen LRT

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

LAKARAN mural serta imej grafiti yang pelbagai bentuk dan warna menarik perhatian orang ramai di stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek, baru-baru ini.

Pemilihan lokasi di tengah-tengah pusat bandar ini dianggap unik untuk memaparkan kepingan seni, ilustrasi atau lakaran yang tidak dilukis menggunakan cat atau krayon, namun sebenarnya diterjemahkan daripada sebuah telefon pintar.

Itu antara tarikan terbaru yang diperkenalkan Samsung dengan memilih LRT Masjid Jamek sebagai galeri seni awam.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Kwon Jae Hoon berkata, lambang visual dan usaha yang  disampaikan di Masjid Jamek dianggap unik kerana menyentuh kehidupan masyarakat dan suasana di Kuala Lumpur.

“Sebagai telefon pintar, Samsung Galaxy Note berupaya menyampaikan lukisan atau gambar rajah menerusi perisian sedia ada.

“Ia umpama galeri yang memberi inspirasi kepada mana-mana pelukis untuk merasai pengalaman melukis dengan menggunakan telefon dan melahirkan idea lakaran tersendiri,” katanya.

Turut hadir, pengarah urusan kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar dan ketua pegawai operasi Big Tree Outdoor, Jeff Cheah.

Lebih daripada 140 panel digunakan untuk membentuk 29 karya seni di luar dan dalam stesen, koridor serta eskalator.

Setiap sentuhan seni mempunyai motif yang berlainan seperti laluan tangga dan eskalator sepanjang 10 meter di stesen terbabit dilukis dan diberi tema ‘Kinabalu Climb Challenge’ yang menggambarkan ekspedisi penumpang LRT untuk mendaki
Gunung Kinabalu.

Tema yang lain pula seperti Star Crossed Lovers, Water of Life, Signs & Directions, Deep Sea Adventure, Deep Space Adventure, Obstacle Course, Finishing Line, Dandelion Harmony dan Groove Train.

Hampir 1.4 juta pengguna komuter termasuk pelancong  ke Ampang dan Kelana Jaya serta sebaliknya berpeluang melihat keunikan ini yang menggambarkan keupayaan daripada telefon Samsung Galaxy Note.

Gallery Note turut diadakan di sekitar terowong pusat bandar Kuala Lumpur (KLCC) yang menghubungkan Suria KLCC dengan pusat konvensyen dan Aquaria.

Pameran seni ini akan terus berlangsung sehingga 12 bulan.