Laut biru mempesona

GBR dianggap unik kerana satu-satunya hotel di PD mengadakan program pemeliharaan dan pemuliharaan penyu

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my
Gambar Khairul Azfnizan Mokthtar

TERLETAK 15 minit dari bandar Port Dickson (PD), hotel seluas 4.04 hektar ini dibangunkan dengan seni bina moden dan lanskap tradisional Melayu.

Kedudukan yang jauh dari bandar menjadikan percutian di Glory Beach Resort (GBR) amat selesa dan mendamaikan apatah lagi jika ditemani keluarga atau orang tersayang.

Banyak tempat menarik di sekitar PD boleh dikunjungi, antaranya Hutan Simpan Tanjung Tuan, Taman Perlindungan Kelip-Kelip Sungai Linggi, Rumah Api dan Muzium Ten tera.

Hotel ini menawarkan 265 bilik, daripada pangsapuri dua dan tiga bilik, pangsapuri mewah serta penthouse.

Setiap bilik mempunyai balkoni privasi dengan peman dangan laut biru Selat Melaka yang mempesona.

Ia dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen, peti sejuk, telefon, penghawa dingin, kemudahan membuat teh atau kopi dan ketuhar gelombang mikro.

GBR turut menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi seperti kolam renang kanak-kanak, gelanggang tenis dan squash, gimnasium serta aktiviti lain antaranya ‘banana boat’, jet ski dan bola tampar pantai.

Permainan ekstrim turut disajikan di Taman Tema Mini Glory seperti ATV, ‘buggy scrambler, sky runner, zorb ball dan dirt scooter’.

Pelbagai pilihan makanan di Coral Cafe yang menyajikan hidangan bufet atau ala carte, di Bamboo Pub sambil menyaksikan persembahan ‘live band’ atau D’ Kokomo dengan konsep terbuka panorama Selat Melaka yang boleh menampung sehingga 200 orang.

Resort ini turut bersedia jika ada yang mahu mengadakan sebarang keraian korporat, mesyuarat, seminar, konvensyen, jamuan tahunan, hari keluarga dan majlis perkahwinan.

GBR dianggap unik kerana ia adalah satu-satunya hotel di PD yang mengadakan program pemeliharaan dan pemuliharaan penyu.

Setiap sarang menempatkan lebih 520 telur penyu dan sehingga kini lebih 1,300 penyu spesies karah dilepaskan ke laut sejak Jun 2010.

Penyu ini boleh membesar sehingga 1.0 meter manakala beratnya mencapai 80 kilogram.

GBR turut mengadakan program pelepasan anak penyu dengan sekolah, institusi pengajian tinggi, sektor awam dan swasta.

Galeri dan Kolam Penyu yang sedang dibaik pulih akan dibuka sebagai tempat rujukan mengenai program serta hidupan marin ini selain arnab dan pelbagai spesies ikan.

Program pelepasan seterusnya bulan depan iaitu setiap Sabtu selepas musim bertelur antara Februari hingga Jun.

>>INFO:

Lokasi: Batu 2 Jalan Seremban, Tanjung Gemok
Tel: 06-6516888
Web: http://www.glorybeachresort.com