INDAH...kawah gunung berapi Tangkuban Parahu.

Inap desa kenali budaya masyarakat Sunda

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

INDAH…kawah gunung berapi Tangkuban Parahu.

NAMA Bandung sinonim dengan aktiviti membeli-belah kerana terkenal dengan pelbagai barangan berjenama yang dijual murah.

Namun, jika mahu meneroka tempat-tempat menarik di kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan Koperasi Pemilik-Pemilik Homestay Malaysia Berhad (Kopehom).

Kopehom dengan kerjasama Yayasan Ranaco Indonesia membangunkan program inap desa di Desa Curugrendeng yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Bandung.

Pengerusi Eksekutifnya, Zakaria Don, berkata percutian inap desa di Desa Curugrendeng ini memberi peluang pelancong mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat Sunda di sini.

“Dengan faktor alam sekitar yang nyaman dan seni sejarah masih terpelihara, Bandung adalah lokasi percutian menarik.

“Kami memilih Bandung destinasi pertama di Indonesia untuk konsep percutian inap desa Kopehom.

“Percutian ini memberi peluang pelancong mengenali lebih dekat nilai sejarah dan kepentingan alam sekitar di samping mencari peluang perniagaan.

“Kerjasama ini turut menjana pendapatan masyarakat di Desa Curugrendeng,” katanya.

Peserta yang mengikuti pakej pelancongan inap desa ini akan dibawa ke Dayang Sumbi, Sangkuriang, gunung Tang kuban Parahu dan Masjid Kubah Biru selain membeli-belah di Pasar Baru, Cihampelas dan Cibaduyut.

Aktiviti beramah mesra bersama penduduk Desa Cu rugrendeng dimulakan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Sunda.

Pakej percutian inap desa 3H 2M dan 4H 3M ke Bandung diperkenalkan kepada orang ramai dengan sasaran kumpulan pertama berlepas pada cuti sekolah ini.

Kopehom diwujudkan bagi membantu pemilik inap desa menjana pendapatan menerusi aktiviti sampingan selain menyelaras konsep inap desa lebih selesa dan berkualiti.

Layari Facebook Kopehom di http://www.facebook.com/kopehom atau hubungi 03-7880 6466 untuk maklumat lanjut.