nike front

Nike Sportswear musim panas 2012

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MUSIM panas yang menjengah negara yang beriklim empat musim turut menghangatkan industri rekaan dan fesyen daripada baju hinggalah ke kasut.

Nike Sportswear, jenama pakaian sukan ternama menjanjikan peminatnya dengan barisan pakaian ala atlet yang diperkenalkan untuk koleksi Musim Panas 2012

Dengan ciptaan yang berinovasi dan berteknologi tinggi, setiap daripadanya dilahirkan dengan kekemasan bagi memenuhi keperluan individu yang sentiasa bersukan.

Evolusi produk diperhalusi setiap tahun dan dilahirkan sebagai sebahagian daripada Nike Sportswear.

Pakaian dan kasut Nike sesuai untuk digunakan ketika bercuti atau bersantai kerana ia memang direka bentuk bagi memberi keselesaan kepada pemakai.

> Cortez
IA adalah ikon terawal Nike dalam dunia sukan, melebihi 40 tahun dan masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Dilahirkan dengan dua gaya – kulit premium sepenuhnya atau kalis air dengan tiga lapisan atas yang ringan.

Inovasi yang dibangunkan sesuai untuk kasut pelari, Nike melahirkan Cortez untuk bertahan dengan perjalanan 160 kilometer seminggu serta permukaan konkrit yang keras.

Kasut Cortez sentiasa dipertingkatkan bagi menjamin ke tahanan, keselesaan dan lagenda keupayaannya tidak dipertikai.

Untuk musim ini, Lady Cortez diperkenalkan bagi memenuhi impian dan peminat wanita yang ingin merasai keanggunan dan keselesaannya.

Terdapat dalam pelbagai warna, versi premium berbentuk kulit manakala versi nilon adalah ringan seperti asal.

> GS Polo
KEHEBATAN jenamanya dalam pelbagai arena, GS Polo sentiasa berada dalam lingkungan yang terbaik dari dulu hingga kini.

Kehebatannya sebagai pakaian serba guna terletak pada kehalusan potongannya, lipatan kolar dan sentuhan pakaian kepada kulit yang memberi keselesaan ketika bersukan.

Setiap pakaian GS Polo mempunyai cap dagangan di dada yang memaparkan ikon Sunburst.

> N98
TREK jaket N98 dikenal pasti menerusi jalur di hujung lengan dan mudah dipadankan dengan pakaian lain.

Dilahirkan pada 1998, N98 sesuai digayakan untuk pelbagai acara sukan.

Terdapat dalam pelbagai warna namun jaket hitam N98 sentiasa menjadi pilihan peminatnya.