6a00d83451586c69e200e54f1b552b8833-800wi

Cikwiduri dulu dan kini – 2012

Assalammualaikum..

Agak lama rasanya apabila aku tidak menulis secara peribadi mengenai aktiviti diri sendiri sekarang ni.

Banyak yang diupdate tu semua hasil penulisan yang pull out di Harian Metro.

Kadang-kadang rasa macam nak up gambar tapi Ya Allah…amatlah malas! Hehehehe…

Bukan apa, semua benda nak kena buat, nak kena settle kat opis.. laptop memang slow habislah.. belum lagi guna Maxis BB.. sama gak cam siput! Harap bayor je la bulan2. Tak sanggup nak jejak kaki ke CC skang walaupun dulu kala situlah tempat aku makan, minum, chat, tidur, baring, bercinta – masa dengan EX dulu la.

Semua orang ada peningkatan termasuklah aku. Cukup2 la aku jadi minah lepak, minah rempit. At least aku rasa macam mana susahnya mak ayah bekerja siang malam untuk sekolahkan kita, macam tu juga aku bersusah payah kerja tak menentu untuk alas perut sendiri. Duduk pula dengan housemate yang semuanya jenis susah dan tunggang langgang. Hahaha.. kenangan sungguh.

Dari kolej di UiTM, Shah Alam, aku pindah umah ke Seksyen 8, Shah Alam. Kemudian pindah ke Kampung Baru. Pindah ke Seri Bahagia Court, Bukit Angsana, Cheras. Lari ke kg semula.

Datang semula KL. Menumpang di Desa Tun Razak Apartment. Masa ni aku sempat la kerja sebagai Juruwang di Carrefour Seri Petaling. Hari2 balik jalan kaki dari Carrefour ke apartment tepi jalan tu. Mana taknya, aku tak sempat nak kejar LRT. Cashier la balik paling lewat sebab nak kena tutup akaun. Aku bertahan 6 bulan je. Selama tu ade la 2 kereta berhenti tepi jalan, tumpangkan aku balik ke rumah. 1 kereta polis, 1 lagi kereta pasangan. Kalau diorang ada terbaca catatan ni, saya ucapkan terima kasih banyak2. Kalau ingat lagi masa tumpangkan tu.. budak pompuan pakai tudung hitam, uniform Carrefour, jalan sorang2 tepi highway Bandar Tasik Selatan tu. Jauh tak? Hahaha..

Then aku balik semula kg.. mental tak kuat masa tu. Sebabnya… ex bergantung poket aku 24 jam. Allah… banyak betul dugaan masa tu. Dengan sikap panas baran dia.. tu yang buat aku lari kg. Lama juga la duk kg bila mak aku pujuk jangan gi KL.

Masa kat kg, aku keja kat Pusat Aktiviti Kanak-kanak. Aku nekad berhenti kerja bila makcik2 yang hantar anak diorang kat situ duk buruk2kan aku. Kesian mak aku masa tu. Ada je benda buruk pada mata diorang. Aku bertahan 6 bulan keja sini. Hari2 duk ulang alik jalan kaki dari Taman Tasik depan Hospital Tampin tu sampai la ke rumah aku kat Tampin Tengah @ Taman Lenggeng. Jauhkan🙂

2005 seorang kawan lama (Yusri) offer aku keja di MiTV (sekarang ni dah tutup sebab bankrap) sebagai Online Editor. Sebenarnya, aku tak tahu langsung jenis kerja tu. Tapi sebabkan aku ni celik IT, senang je diorang ambil aku kerja. Masa ni barulah aku rasa senang hati sebab mak restu kerja aku di sini. Siap hantar aku ke rumah sewa di Flat Blok B Desa Pandan, macam hantar budak masuk asrama. Aku kerja sungguh2 masa ni. Tapi sedih sangat bila aku menganggur balik setahun lepas tu.

Masa kerja di MiTV aku dah pindah ke Seri Bahagia Apartment Jalan Ipoh. Stay berdua dengan best friends aku (Azrini Adnan.). Aku rasa 2007 aku pindah seorang ke Suajaya Condo, Sentul. Punca, kalau dah duduk berdua dengan best friend bila bergaduh macam nilah contohnya. Dengan berat hati (masa tu), aku keluar dari rumah. Dia anak orang kaya, tak jadi masalah untuk dia cari housemate lain atau dia duk je sorang situ. Aku ni..siapa je lah kan. Aku orang susah.. tak mampu nak ikut rentak dan tarian dia.

2007 aku tengok iklan online try apply kat Bernama. Kerja di perpustakaan sebagai Researcher. Aku sebenarnya tak paham kenapa jawatan aku researcher sedangkan aku tak buat research pun. Setakat keluar opis cari maklumat untuk buat data Who’s Who. Jangan tak tau ye.. aku antara penyumbang untuk BLIS tu. Aku berhenti sebab bos diorang tak suka aku so kontrak terus ditamatkan. Katanya aku suka buat perangai. Mana taknya, aku kerja kontrak tapi Sabtu Ahad dipaksa datang?! Heh! Aku pun ada kg.. agak2 la nak kerah kudrat pekerja kontrak macam aku ni. Lady Boss dia pernah bagi aku satu ayat “Amy, awak tak sesuai kerja dengan kerajaan” dan masa tu aku cuma sengih je. Nampak sangat lady boss ni jenis bongkak. Aku malas nak gaduh sebab dia boss. Sekarang aku jawab balik “Puan bukan sesiapa untuk tentukan masa depan saya!”. Huh!

Feb 2008, aku dipanggil lapor diri ke Harian Metro. Aku bersyukur pada-Nya. Aku apply sekali je. Dah la tak ada pengalaman, degree aku pun bukan dalam bidang Mass Comm. Tapi Tuhan nak bukakan rezeki untuk aku dalam bidang ni. Aku terima tanpa memilih. Masa tu gawat nak dapat kerja. Persaingan semakin bertambah. Benda yang baru kita boleh belajar selagi kita mahu perbaiki diri kita.

Dan sekarang 2012… aku masih berkhidmat sebagai reporter. Alhamdulillah aku tak duduk di Meja Hiburan. Ya Allah.. dari dulu lagi aku berdoa janganlah aku ditempatkan di bahagian hiburan.

Masa mula2 masuk duk kat Meja IT. Buat 2 keja online dan offline. Penghujung tahun 2010 aku secara rasminya duk bawah Meja New Media. Totally buat offline and langsung tak keluar cari berita. Then pada April 2011, masa `Aqilah 4 bulan dalam perut, doaku terjawab bila ditukarkan ke Meja Rencana. Alhamdulillah..

Dari Sentul pula aku dah rasa tinggal di Wangsa Maju seksyen 2 then ke Ukay Perdana dan sekarang tahun 2012 ni pindah ke Seri Kembangan pula. Lepas ni tak tahulah.. Aku masih lagi mencari lokasi sesuai dan kekal untuk aku bawa suami dan anak2 tinggal dengan selesa, selamat dan mendapat didikan sempurna.

Insyaallah.. doa jelah harapan aku selain usaha selama mana yang aku boleh. Amin.