kwsp_1

Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Duit dari Akaun 2 di KWSP boleh digunakan untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman rumah, ansuran bulanan pinjaman rumah, yuran pembelajaran universiti dan lain-lain.

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.

Di antara dokumen yang perlu anda sediakan adalah:

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
3. Salinan bank statement atau buku bank
4. Salinan surat kelulusan pinjaman bank

5. Dan bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.

Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Saya mencadangkan anda pergi ke ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda.

Bergantung kepada proses yang diambil oleh pihak KWSP, duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.

Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank.

Jika tidak, pegawai KWSP akan menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.

Kredit: http://www.blogaku.net

About these ads

2 thoughts on “Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP

  1. salam.sy nk tye boleh x sy kuarkn tujuan tuk pendidikan ank sulung sy yg memerlukan prbelanjaan msuk sem ke2. bg pelajar ipts kursus diploma perakaunan

  2. Salam,

    Just nak get some info…saya plan nak refinance rumah saya duduk sekarang…loan lama guna nama saya dah isteri dan loan dua2 nama….sekiranaya saya plan nak refinance guna nama saya sahaja tetapi dalam semua dokument masih ada nama isteri saya….soalan :

    1. blh tak Isteri saya keluarkan simpanan akaun 2 untuk sama bayar rumah tersebut
    2. blh buat pengeluaran akaun 2 bulanan ke setahun sekali.

    Harap dapat meembantu.

    Terima kasih

Comments are closed.