RAMAH...Dan Lynn berharap laman Expedia.com.my mampu memenuhi keperluan percutian pelancong khasnya dari Malaysia.

Expedia tawar pakej penerbangan, hotel

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

RAMAH…Dan Lynn berharap laman Expedia.com.my mampu memenuhi keperluan percutian pelancong khasnya dari Malaysia.

SEMAKIN mudah merancang percutian apabila Expedia.com.my menyediakan pelbagai tawaran pakej penerbangan dan pilihan hotel, baru-baru ini.

Menerusi lebih 400 rangkaian syarikat penerbangan serta 150,000 hotel di seluruh dunia, Expedia.com.my berperanan sebagai pusat sehenti bagi merancang percutian.

Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsiaExpedia Travel, Dan Lynn berkata, menempah percutian kini boleh dilakukan dengan lebih mudah.

“Expedia.com.my menawarkan pelancong tempatan ke lengkapan dan pelbagai pilihan mendapatkan tawaran menarik dengan cara mudah.

“Kami berusaha mendapatkan sebarang tempahan perjalanan selain menawarkan pelbagai pakej percutian yang  kompetitif menerusi satu laman sesawang.

 

“Tawaran pakej percutian yang kompetitif disokong Jaminan Harga Terbaik bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan bercuti dengan pulangan menguntungkan.

“Lebih 30 destinasi percutian menyeronokkan tempatan dan antarabangsa seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Bang kok, Bali, Hong Kong, Paris, Osaka, Los Angeles dan London bermula dengan harga serendah RM110,” katanya.

Ia menawarkan rangkaian tempahan dalam talian yang mudah, promosi hotel termurah seluruh dunia, perkhidmatan setempat, senarai hotel dan khidmat sokongan menerusi telefon bagi membantu pelayar laman sesawang merancang, menempah dan memiliki pakej percutian idaman.

TEKA…pelancaran Expedia.com.mydimeriahkan dengan peraduan meneka isi barangan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Antara muka yang mesra pengguna ini, turut menyediakan  produk nilai tambahan seperti gambaran keseluruhan har tanah, lawatan maya hotel dan ulasan bebas yang disahkan pelancong bagi membantu pelayar membuat keputusan tepat.

Rangkaian ini turut memansuhkan caj Expedia ke atas pindahan dan pembatalan tempahan.

Sekiranya pelanggan menemui harga dalam talian untuk perjalanan yang sama, Expedia akan menyaingi kadar yang lebih rendah malah memberi pelanggan satu baucar perjalanan bernilai RM150 untuk tempahan di masa depan.