images (2)

Edisi Raya Haji: Memori Lim Kit Siang Hina Ibadah Qurban Muncul Semula!

Lagi dua hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban, saban tahun umat Islam yang berkemampuan turut menjalankan ibadah korban sempena mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim A.S yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.

Justeru itu, bersempena sambutan Hari Raya Qurban yang bakal disambut lagi dua hari, saya ingin mengajak sahabat pembaca untuk mengimbas kembali perbuatan-perbuatan yang bersifat menghina, mencabar, memperlekeh dan mempersendakan amalan qurban yang kita jalankan setiap kali tibanya 10 Zulhijjah.

Dalam PAS berbangga kononnya pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang semakin memahami Islam setelah 6 tahun mereka menjalinkan kerjasama, sehingga ada di antara mereka mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Lim Kit Siang nampaknya masih tetap gagal memahami sensitiviti umat Islam sehingga komen-komen menyentuh sensitiviti umat Islam diluluskan dan disiarkan melalui laman blognya malah tidak dipadam sehingga hari ini.

Mungkin ramai yang terlupa, malah saya yakin ada di antara kita tidak mengetahui bahawa pada tanggal 16 November 2010 Lim Kit Siang mengirimkan ucapan Aidil Adha kepada umat Islam tetapi dalam masa yang sama juga, komen-komen negatif seperti di bawah dilepaskan oleh Lim Kit Siang selaku pemilik blog :

Agaknya apa motif Lim Kit Siang menyiarkan ucapan salam Aidil Adha pada tahun 2010, tetapi membiarkan komen menghina amalan yang dijalankan setiap kali tibanya Aidil Adha?

Jika Lim Kit Siang itu sensitif dan tidak bersifat anti Islam, kenapa tidak dipadamkan sahaja komen-komen negatif itu dari laman blognya, walaupun kita sudah menghampir penghujung tahun 2012?

[http://blog.limkitsiang.com/2010/11/16/salam-aidil-adha/]

Tidak cukup dengan itu, amalan ibadah qurban yang kita laksanakan bertujuan melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa diperlukan demi menegakkan dan mengagungkan agama Allah SWT turut diperlekehkan melalui komen-komen yang ditinggalkan di laman The Malaysian Insider :

Melihat komen-komen negatif sebegini, saya merumuskan keharmonian hubungan di antara kaum di Malaysia sekarang ini agak tergugat dan perbuatan mengugat keharmonian kaum sebegini semakin menjadi-jadi semenjak DAP mendapat sedikit kuasa yang diberikan oleh umat Islam sendiri.

Apakah ada satu jaminan bahawa DAP mampu menjaga kesucian Islam lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN jika mereka memerintah negara ini sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN ketika ini?

Siapa berani berikan saya jaminan bahawa saya boleh melakukan ibadah qurban secara terbuka dan bergotong-royong sesama saudara Islam setiap kali tibanya 10 Zulhijjah apabila pembangkang memerintah negara kelak?

Sorii la brader…

Credit: yuseriyusoff.blogspot.com/2012/10/edisi-raya-haji-memori-lim-kit-siang.html