MENAWAN...sesuai digunakan ketika bersenam atau bersantai.

Kasut pelihara kaki pengembara

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MENAWAN…sesuai digunakan ketika bersenam atau bersantai.

TUBUH yang sihat dan ceria memberi keyakinan dan positif kepada empunya diri.

Begitu juga kepada pengembara yang gemar melancong ke segenap destinasi di dunia, tidak harus melupakan kesihatan diri.

Bukan saja kesihatan, pakaian terutama kasut turut memainkan peranan penting agar si pengembara sentiasa selesa dengan pergerakan seharian.

Justeru, jenama kasut sukan terkenal dunia, Adidas memperkenalkan ClimaCool terbaru yang dipasarkan sejak April lalu.

Adidas kembali dengan edisi ClimaCool terbaru yang menawarkan pengudaraan 360 darjah bagi meningkatkan prestasi berjalan dengan lebih baik.

ClimaCool Seduction dianggap memberi pengalaman lebih selesa ketika melakukan larian, berjoging atau bersantai.

Teknologi ini meliputi saluran pengudaraan baru yang diperkemaskan di seluruh bahagian ‘outsole’ selain penggunaan bahan ClimaCool di atas kasut.

Bahan terbabit membantu menyejat peluh dengan segera, mengekalkan suhu rendah di dalam kasut dan membolehkan pengudaraan yang baik dari semua sudut.

Di samping itu, lapisan Coolever membuatkan pengguna berasa selesa kerana keadaan kaki yang nyaman, kering dan selesa ketika melakukan pelbagai aktiviti luar.

Oleh itu, pengudaraan 360 darjah memberi manfaat dengan mengurangkan tekanan haba dan ketidakselesaan semasa melakukan larian bagi meningkatkan prestasi pemakainya.

Teknologi Adidas menerusi sistem torsion di adaptasi untuk permukaan yang stabil, outsole adiWear yang tahan lasak direka untuk cengkaman yang lebih baik dan tahan lama manakala kelembutan dan fleksibel ‘midsole’ pula memaksimumkan keselesaan sekali gus melengkapkan peranan sepasang kasut.

Adidas ClimaCool Seduction boleh di dapati di pusat membeli-belah utama iaitu Suria KLCC, Mid Valley Megamall, Pavilion, The Curve dan Empire Subang.

Kasut yang dikeluarkan sepasang untuk lelaki dan wanita dijual pada harga sama iaitu RM499.