MENARIK...keadaan di dalam bas yang menempatkan pelbagai
barangan Puma.

Bermain dalam bas

Pelbagai aktiviti dalam zon interaktif Play Bus

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

MENARIK...keadaan di dalam bas yang menempatkan pelbagaibarangan Puma.
MENARIK…keadaan di dalam bas yang menempatkan pelbagai barangan Puma.

SEIRING dengan kempen ‘Puma Social Playmates’, jenama  gaya hidup sukan ternama, Puma turut memperkenalkan  ‘Puma Social Play Bus’.

Puma Social Play Bus direka sebagai sebuah kedai Puma mudah alih yang juga berperanan sebagai ‘Play Zone’ bergerak yang membawa keseronokan kepada peminatnya.

Zon interaktif Play Bus bakal menemui pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik di dalam atau di sekitar bas.

Pengunjung berpeluang melakukan aktiviti menarik melalui aplikasi ‘Play Machine’ facebook di dalam bas, mengikuti permainan yang disediakan atau bersantai sambil mendengar muzik hangat yang menggembirakan.

Menangi pelbagai permainan yang dianjurkan juruacara bagi membolehkan pengunjung memiliki hadiah dan produk menarik Puma.

Selain itu, pelbagai produk dan barangan baru daripada Puma turut dipamerkan dan dijual di dalam bas termasuk kemeja-T Puma X Urbanscapes Edisi Terhad.

Kemeja-T ini direka Chew Yee Jie yang dipilih daripada 126 rekaan dalam pertandingan mereka kemeja-T Puma X Ur banscapes.

HANGAT...Darren Ashley membuat persembahan di atasPlay Bus.
HANGAT…Darren Ashley membuat persembahan di atas Play Bus.

Orang ramai masih berpeluang untuk mengunjungi kempen Puma Social Play Bus di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 15 Disember dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang, 16 Disember ini.

Baru-baru ini juga, Puma turut menghargai peminatnya di festival muzik dan seni terbesar Malaysia – Urbanscapes di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Pencinta jenama Puma dihiburkan dengan persembahan hebat artis tempatan dan antarabangsa iaitu Darren Ashley, Bittersweet, Nadhira, Hackeem Bahrome, FIX dan Ele coldxhot yang memaparkan muzik bertenaga.

Selain berhibur dengan pelbagai persembahan, pengunjung turut membawa pulang hadiah menarik tajaan Puma.