HIJAU...suasana damai di The Saujana Hotel Kuala Lumpur menjadi lokasi berehat dan rawat.

Berehat sambil rawat

The Saujana Hotel KL, Sime Darby Medical Centre  tawar dua pakej pelancongan kesihatan

Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

HIJAU...suasana damai di The Saujana Hotel Kuala Lumpur menjadi lokasi berehat dan rawat.
HIJAU…suasana damai di The Saujana Hotel Kuala Lumpur menjadi lokasi berehat dan rawat.

SEGMEN pelancongan kesihatan yang diperkenalkan dalam negara mula mendapat perhatian pelancong asing dan tempatan.

Sektor ini semakin berkembang pesat apabila negara menawarkan khidmat perubatan yang berkualiti dan kemudahan perubatan bertaraf dunia selain kos rawatan yang mampu  ditanggung pesakit.

Justeru, The Saujana Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Sime Darby Medical Centre Ara Damansara melancarkan dua pakej pelancongan kesihatan – Pakej Kesihatan dan Ke sejahteraan serta Pakej Doktor Golf.

Ketua Pegawai Eksekutif Kesihatan Sime Darby Healthcare, Elaine Cheong, berkata Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah alam yang sentiasa menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

RAI...Pengurus Besar The Saujana Hotel KualaLumpur, Ian Hurst (kiri) dan Elaine sewaktumajlis menandatanganiMemorandum Persefahaman (MoU) di hotel itu.
RAI…Pengurus Besar The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Ian Hurst (kiri) dan Elaine                          sewaktu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di hotel itu.

“Oleh itu, kerjasama yang dijalin bersama The Saujana Hotel  Kuala Lumpur mampu mengukuhkan negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan di rantau ini.

“Selain itu, ada beberapa usaha dan inisiatif yang dibentuk bagi memasuki pasaran asing,” katanya.

Pakej Doktor Golf serta Pakej Kesihatan dan Kesejahteraan menyediakan pemeriksaan kesihatan dengan penginapan dua malam di bilik superior dan perkhidmatan yang disediakan hotel.

Pakej Kesihatan dan Kesejahteraan menawarkan tiga pilihan yang bersesuaian dengan keperluan dan belanjawan pelancong iaitu Pakej Kesihatan, Pakej Komprehensif dan Pakej Jantung.

Harga bagi Pakej Kesihatan bermula dari RM938 seorang dan RM1,388 untuk dua orang, Pakej Komprehensif pula berharga RM1,288 (seorang) dan RM2,008 (dua orang) manakala kos Pakej Jantung ditawarkan pada RM1,988  (seorang) dan RM3,488 (dua orang).

Berehat sambil berubat dan nikmati sukan golf menerusi  Pakej Doktor Golf yang menawarkan empat harga berbeza iaitu RM1,188 untuk seorang dan RM1,988 untuk dua orang pada hari bekerja manakala RM1,338 (seorang) dan RM2,188 (dua orang) pada hujung minggu dan cuti umum.

Ia adalah produk eksklusif dan terbaru yang diperkenalkan di Sime Darby Medical Centre Ara Damansara.

Tambahan RM80 setiap bilik untuk satu malam dikenakan sekiranya pelancong ingin menaik taraf ke bilik deluxe.

Pelancong turut ditawarkan dengan perkhidmatan urut ala Bali selama 60 minit di The Spa dan Med Beauty pada harga terendah RM200 seorang.

Selain menerima rawatan perubatan yang menyenangkan, pelancong berasa pulih dengan keindahan semula jadi yang mendamaikan selain keluasan padang golf dan kehijauan  tropika mampu memberi keselesaan dan kedamaian.

Kesemua pakej yang ditawarkan sah sehingga 31 Disember tahun depan.

RAWAT...kemudahandan peralatan lengkaptersedia di hospitalSime Darby MedicalCentre.
RAWAT…kemudahan dan peralatan lengkap tersedia di hospital
Sime Darby Medical Centre.

Lokasi hospital dan hotel terbabit sesuai sebagai sebuah pusat pelancongan kesihatan kerana terletak lima minit dari Terminal Lapangan Terbang Subang SkyPark dan 45 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT).